Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

May 29, 2011

8 tahun yang panjang

Sebelum saya menulis panjang entri ini, maaf dipinta jika ini akan membuatkan anda muntah hijau kerana  entri kali ini adalah berkenaan figura yang bernama David Robert Joseph Beckham. Oh sesungguhnya saya kipas-susah-mati (baca: die hard fan) beliau.

8 tahun berlalu semenjak Beckham meninggalkan Old Trafford di Liverpool. Terlalu lama, namun bagi beliau tidak sesekali beliau akan pulang ke EPL kerana bermain bersama pasukan lain dan menentang kelab lama beliau iaitu MU adalah satu pengkhianatan.

Namun baru-baru ini, sebagai tanda penghargaan kepada his best man Gary Neville, Beckham berpeluang menyarung kembali jersi keramat beliau. Neville yang yang sudah pun  bersara dari karier antarabangsa akhirnya menamatkan karier beliau sebagai pemain bola sepak ketika perlawanan terakhir persahabatan menentang Juventus.

Akhirnya Beckham berpeluang menyarung kembali jersi #7 beliau walaupun Michael Owen juga menyarung jersi dengan nombor yang sama. Dengki je Owen nie! hehe

article-1390557-0C4158B000000578-670_634x394

Class of ‘92 (then)

article-1390557-0C3F38B700000578-671_634x398

Class of ‘92 (now)

610x-1238

Now and he seems to be handsome EVERRRRRR!!!!

x610-154

Such a warm and welcome note he got…

Feb 8, 2011

Hati yang gelora gara-gara EPL

Semalam, dari sarapan sehingga makan tengah hari hinggalah minum petang. Semua sibuk bercerita, mengutuk dan mempertahankan kelab pilihan masing-masing di liga paling popular di muka bumi nie. Apalagi kalau bukan EPL (English Primier League) . Memang lah tersangat kecoh bercerita semalam. Kalau yang tak faham, meh saya rumuskan.
Pertamanya kekalahan pendahulu liga, Manchester United (MU) dengan skor 2-1. Ironinya di sini adalah pasukan yang membenam mereka ada pasukan tercorot liga iaitu Wolves...tapi bak kata penyokong MU " tak pe lah, kasi can kat Arsenal nak rapatkan jurang mata". Namun sebaliknya yang berlaku adalah Arsenal yang menentang Newcastle United gagal dalam misi mengejar MU apabila terpaksa seri 4-4. Apa yang membuatkan para penyokong The Gunners berang adalah, pasukan Arsene Wenger pada suatu masa mendahului 4-0 sebelum Newcastle United bangkit pada separuh masa kedua...Yang paling menjadi tumpuan tentulah pertemuan Chelsea menentang Liverpool. Sudah tentu la para penyokong The Blue mengharapkan kemenangan apatah lagi dengan pembelian sebanyak 50 juta pound Fernando Torres. Namun sebaliknya, penampilan pertama Torres berjersi biru telah di musnahkan dengan kemenangan 1-0 oleh bekas pasukannya The Reds...hidup The Reds! ;p...Tinggal hanya beberapa perlawanan, kita sama-sama lah nantikan siapa yang bakal menjuarai EPL


p/s : Torres macam hilang seri je pakai jersi lain selain jersi warna merah