Thank you love..you just turn my normal day into a day with wonderful day. I love you love...
![]() |
I’ve been busy lately juggling between my master project and doing the Wedding Guestbook. It is a request from bestfriend, and I couldn’t say no even I want to haha. I just want to share it with you the project that I’ve made. So this is it after a month. This is first time I’m doing this, so really appreciate if you want to give some comment about it…
Kata orang, sekarang dah tak ada lagi dah istilah perigi cari timba. Tak pelah pun kalau ‘perigi’ yang cakap dulu, apa salahnya. Takkan nak tunggu je ‘timba’ tue cakap, tue pun kalau ‘timba’ nak cakap. Yelah, dulu dah kena sekali, kurang-kurang ‘timba’ pun ada rasa segan, malu jugakkan nak tanya sekali lagi. Bila ‘perigi’ tiba-tiba cakap “Can we start all over again?” ,‘perigi’ bimbang jugak. Yelah, takut ‘timba’ dah out of market…yelah, ‘timba’ kan tengah very-very much available, apatah lagi baru je tukar kereta yang ada lambang H besar kat depan tue, lagi la naik sahamnya. Tapi itu bukan la bermaksud ‘perigi’ tiba-tiba berubah fikiran sebab ‘timba’ baru tukar kereta yang diminati oleh ‘perigi’.
‘Perigi’ buangkan segala perasaan malu kunun-kunun menjaga gengsinya kerana tiba-tiba ‘perigi’ rasa dia kehilangan sesuatu. Yea, ‘perigi’ terasa dengan kehilangan ‘timba’. Masa ‘perigi’ tanya soalan tue, muka ‘perigi’ macam dah kena simbah dengan minyak angin. Malu jangan cakap la….Namun, Alhamdulillah ‘timba’ terima “LAMARAN” dari ‘perigi’. Terima kasih ‘timba’….Buat masa sekarang ‘perigi’ nak jalan perlahan-lahan, tak nak laju-laju macam dulu…Doakan ‘perigi’ dan ‘timba’ yer semua.
One of the stupidest thing I did but I’m just hoping that he’ll notice this and hoping he know it’s him!
Dulu, aku pernah letak satu dinding besar di antara aku dan dia. tapi lama-lama dinding besar itu penuh dengan contengan yang sgt terkesan di hati. tapi, bila aku dah bersedia utk memecahkan dinding tersebut, dia lari
(HA, 2011)
Yang ku mahu
Kau kembalikan separuh jiwaku
Yang ku mahu…
Kau pergi jauh dari ingatanku
Yang ku mahu…
Kau lenyap dari hatiku
Yang ku mahu..
Kau hilang dari mimpi-mimpiku
Yang ku mahu..
Kau benarkan aku bahagia dengan masa depanku
Yang ku mahu..
Aku mahu lupakan kau…
Kau yang selalu hadir kala lena mula menyapa
Kau yang hadir kala hati mula gembira
Kau yang hadir lalu hatiku gundah gulana
Ku mahu kau pergi
Pergi dari hidupku, fikiranku, kenanganku, hatiku, mimpi-mimpiku..
Benarkan aku bahagia sedang aku mula menerima kau bukan untukku…
Benarkan….

Bagaimana ketika hati terluka lantaran patah cinta
yang tau hanya AKU dan DIA
Bagaimana rasa hati ketika kesepian tak ada teman
yang tau hanya AKU dan DIA
Bagaimana rasa hati terluka karena merasa tak ada yang fahami
yang tau hanya AKU dan DIA
Bagaimana nuansa hati ketika masalah berlarutan tanpa henti
yang tau hanya AKU dan DIA
Bagaimana kalut nya hati setelah sekian kali digores
yang tau hanya AKU dan DIA
Bagaimana susahnya hati menjadi tunggak menyemai kasih abadi
yang tau hanya AKU dan DIA
Bagaimana galaunya hati saat merasa tak ada yang
bisa diajak saling mengerti
yang tau hanya AKU
Bagaimana nelangsanya hati merasa sendirian
yang tau hanya "DIA"
Bagaimana aku dan dia ditakdirkan untuk lalui semua rasa itu..

Tapi AKU dan DIA hanya ada "DIA" yang mengetahui segala isi hati. Terima kasih atas segalanya kerana beri AKU dan DIA peluang untuk masih lagi kekal bersama sebagai AKU dan DIA..