Kata orang, sekarang dah tak ada lagi dah istilah perigi cari timba. Tak pelah pun kalau ‘perigi’ yang cakap dulu, apa salahnya. Takkan nak tunggu je ‘timba’ tue cakap, tue pun kalau ‘timba’ nak cakap. Yelah, dulu dah kena sekali, kurang-kurang ‘timba’ pun ada rasa segan, malu jugakkan nak tanya sekali lagi. Bila ‘perigi’ tiba-tiba cakap “Can we start all over again?” ,‘perigi’ bimbang jugak. Yelah, takut ‘timba’ dah out of market…yelah, ‘timba’ kan tengah very-very much available, apatah lagi baru je tukar kereta yang ada lambang H besar kat depan tue, lagi la naik sahamnya. Tapi itu bukan la bermaksud ‘perigi’ tiba-tiba berubah fikiran sebab ‘timba’ baru tukar kereta yang diminati oleh ‘perigi’.
‘Perigi’ buangkan segala perasaan malu kunun-kunun menjaga gengsinya kerana tiba-tiba ‘perigi’ rasa dia kehilangan sesuatu. Yea, ‘perigi’ terasa dengan kehilangan ‘timba’. Masa ‘perigi’ tanya soalan tue, muka ‘perigi’ macam dah kena simbah dengan minyak angin. Malu jangan cakap la….Namun, Alhamdulillah ‘timba’ terima “LAMARAN” dari ‘perigi’. Terima kasih ‘timba’….Buat masa sekarang ‘perigi’ nak jalan perlahan-lahan, tak nak laju-laju macam dulu…Doakan ‘perigi’ dan ‘timba’ yer semua.
macam kenal ker inche timba tu. kihkihkihkih...
ReplyDeleteeh kenal ke? haha
ReplyDelete