When you want it the most there's no easy way out
When you're ready to go and your heart's left in doubt
Don't give up on your faith
Love comes to those who believe it
And that's the way it is
that's the way it is-celine dion
Aduhai, rasanya sejak dari awal tahun lagi tak berhenti jemputan kahwin yang di terima….penatnya tapi seronok bila fikir kawan-kawan, senior-senior, junior-junior sudah memasuki alam baru. Alam berumah bertangga. Alhamdulillah…
Untuk bulan nie, saya ada 7 jemputan kenduri kahwin termasuk yang bulan depan la. Tapi rasanya hanya 5 yang betul-betul saya boleh hadirkan diri. Minta maaf banyak-banyak pada mereka yang saya tak dapat hadirkan diri ke kenduri mereka kerana kekangan masa.
Apa-apa pun tahniah buat mereka dan tahniah juga kepada mereka-mereka yang bergelar parents tak lama lagi. Tahun nie, ramai yer yang menuai ‘hasil’ . Alhamdullilah…
Ini sebenarnya cubaan pertama saya dan roomate memasak fettuccini cabonara. Alhamdulillah, terus menjadi. Ramai juga kawan-kawan yang memuji, sedap kata mereka *kembang jap*. Tak kurang juga ada yang meminta resipi dari kami, kami pun memasak guna buku sebenarnya ;p.
Semenjak duduk rumah sewa nie, rajin la sikit memasaknya. Mak di kampung pun ada menegur, dah duduk rumah sewa baru la nak tanya resipi macam-macam kat mak hehe…
Doakan saya terus rajin dengan hobi baru saya nie. InsyaAllah akan ada banyak lagi resipi-resipi baru terutamanya makanan-makanan Terengganu yang akan menyusul dari Dari Dapur 1452…

Bagaimana ketika hati terluka lantaran patah cinta
yang tau hanya AKU dan DIA
Bagaimana rasa hati ketika kesepian tak ada teman
yang tau hanya AKU dan DIA
Bagaimana rasa hati terluka karena merasa tak ada yang fahami
yang tau hanya AKU dan DIA
Bagaimana nuansa hati ketika masalah berlarutan tanpa henti
yang tau hanya AKU dan DIA
Bagaimana kalut nya hati setelah sekian kali digores
yang tau hanya AKU dan DIA
Bagaimana susahnya hati menjadi tunggak menyemai kasih abadi
yang tau hanya AKU dan DIA
Bagaimana galaunya hati saat merasa tak ada yang
bisa diajak saling mengerti
yang tau hanya AKU
Bagaimana nelangsanya hati merasa sendirian
yang tau hanya "DIA"
Bagaimana aku dan dia ditakdirkan untuk lalui semua rasa itu..

Tapi AKU dan DIA hanya ada "DIA" yang mengetahui segala isi hati. Terima kasih atas segalanya kerana beri AKU dan DIA peluang untuk masih lagi kekal bersama sebagai AKU dan DIA..