Jul 9, 2012

Officially 27


Thank you love..you just turn my normal day into a day with wonderful day. I love you love...











Feb 14, 2012

Best friend’s engagement day

Date : 27th January 2012

Venue : Bandar Bukit Mahkota, Nilai


p/s : congrats wawa & hairi =)










Feb 13, 2012

Tolonglah…


Assalamualaikum…


Lama tak menulis….entahkan tiada idea entahkan tiada mood atau pun entahkan kemalasan…oh sebenarnya saya baru memulakan alam pekerjaan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini. Selepas sahaja kontrak bersama UPM tamat, terus sahaja saya dipanggil bekerja.


Tapi kali ni bukan nak carita pasal life saya sekarang tapi nak bercerita tentang status 'muka buku'…. Aduhai, tolonglah…tolooooonglah…mentang-mentang khabar angin tentang pilihanraya sekarang sedang bertiup kencang tapi janganlah jadikan 'muka buku' anda sebagai medium untuk meroyan tentang politik. Naik meroyan yang membacanya. Walaupun sekarang saya sudah kurang ber'muku buku' tapi tak bermakna saya tak mengikuti segala perkembangan kawan-kawan.


Tak kira lah anda penyokong 'biru' atau 'hijau' sekali pun, tak perlu lah meroyan menulis status yang entah apa-apa. Sudahlah saya nie muak dengan segala yang dipaparkan di kaca televisyen, terpaksa pula melihat status kamu yang meroyan tue, Cukuplah! Apa yang saya lihat, tak kira dari kalangan 'biru' atau 'hijau' masing-masing mahu memburukkan satu sama lain. Fitnah, mengeji, mengutuk sudah menjadi asam garam.


Tindakan saya? 'Unfriend' aje dengan mereka-mereka nie..mudah bukan J