Nov 25, 2011

His birthday 20112011

A present for him for his 26th birthday…a handmade cover frame with quilling paper…


DSC03941

Nov 24, 2011

Dia dan ABC nya

 

DSC03946

Menu : ABC special

Venue : Kg Melayu Majidee, JB

Satisfaction : Highly recommend

Aug 12, 2011

Edisi Lepas Geram | Tabiat Terawih

Sebelum korang semua membaca entri nie, harap maklum bahawa ianya adalah berdasarkan pemantauan saya dan  housemates semata-mata.

Apa yang saya nak cerita adalah,kalau korang pergi ke surau atau masjid terutama bulan Ramadhan ni akan ada 2 benda yang korang akan selalu observe.

Pertama, telekung yang macam-macam fesyen. Hah bukan tudung dan selendang je ada fesyen, telekung pun ada tau! Biasanya melibatkan warna, jenis kain dan sulaman. Ada warna hijau, biru, pink, krim. Dah jadi macam satu pertandingan pulak kalau tengok. Itu belum lagi beli kat Vietnam la, beli kat Bandung la. Aduhai…..

Keduanya, sayang sejadah. Biasanya berlaku kat orang-orang tua la. Sayang sangat sejadah tue sampai tak nak berganjak. Yang selalu kena kita orang muda nie la. Kalau duduk dalam saf, kita kena berganjak ke kanan kan untuk rapatkan saf. Tapi nie dah terbalik kot pulak, kita yang kena berganjak ke kiri sebab yang tua-tua nie tak nak berganjak dari sejadah diorang tue. Nak je tegur namun takut pulak     dibalasnya ‘eh aku tahu la, aku nie lagi lama hidup dari kau tue’. Malah, dah ada yang menegur namun boleh dia yang menegur tue dijelingnya.Aduhai…

Aug 1, 2011

Jul 9, 2011

Wedding Guestbook

I’ve been busy lately juggling between my master project and doing the Wedding Guestbook. It is a request from bestfriend, and I couldn’t say no even I want to haha. I just want to share it with you the project that I’ve made. So this is it after a month. This is first time I’m doing this, so really appreciate if you want to give some comment about it…

guestbookguestbook2

Jun 26, 2011

Too much

Too much things to do, too much things to say, too much words too write. It is TOO MUCH. Right now I'm quite busy with my project a WEDDING GUESTBOOK for my bestfriend. Still it is too much even she is my bestfriend when she tell me just when my schedule is full with my master project. I'm sorry too say but it's overwhelming. It's tiring work when I have to do it from 'O', I just sit in front of my lappy for almost 5 hours for brainstorming, searching, searching, searching!!!! Seriously I'm enjoying doing this cut and patch things but not at short notice *sigh*...I'm sorry if this entry is a bit complaining and it's looks like i'm not ikhlas doing the guestbook hahaha...joesonghabnida...

I'll upload the wedding guestbook once it finish and once I can have myself just for blogging...

Jun 21, 2011

Life & Love Quotes #3

Love is like playing a piano.


First, you must learn to play by the rules,


then you must forget the rules and play from your heart.

May 31, 2011

Life & Love Quotes #2

Life is filled with happiness, sadness, tears, smiles, laughter and other emotions but when life gets you down, just be strong about it and keep your head up high and have faith in all things in life. Always remember: Allah is at your side, always.

May 29, 2011

8 tahun yang panjang

Sebelum saya menulis panjang entri ini, maaf dipinta jika ini akan membuatkan anda muntah hijau kerana  entri kali ini adalah berkenaan figura yang bernama David Robert Joseph Beckham. Oh sesungguhnya saya kipas-susah-mati (baca: die hard fan) beliau.

8 tahun berlalu semenjak Beckham meninggalkan Old Trafford di Liverpool. Terlalu lama, namun bagi beliau tidak sesekali beliau akan pulang ke EPL kerana bermain bersama pasukan lain dan menentang kelab lama beliau iaitu MU adalah satu pengkhianatan.

Namun baru-baru ini, sebagai tanda penghargaan kepada his best man Gary Neville, Beckham berpeluang menyarung kembali jersi keramat beliau. Neville yang yang sudah pun  bersara dari karier antarabangsa akhirnya menamatkan karier beliau sebagai pemain bola sepak ketika perlawanan terakhir persahabatan menentang Juventus.

Akhirnya Beckham berpeluang menyarung kembali jersi #7 beliau walaupun Michael Owen juga menyarung jersi dengan nombor yang sama. Dengki je Owen nie! hehe

article-1390557-0C4158B000000578-670_634x394

Class of ‘92 (then)

article-1390557-0C3F38B700000578-671_634x398

Class of ‘92 (now)

610x-1238

Now and he seems to be handsome EVERRRRRR!!!!

x610-154

Such a warm and welcome note he got…

May 26, 2011

Bukan sebab Nur Kasih The Movie aku ingin cepat kahwin

Semalam akhirnya berpeluang tengok Nur Kasih The Movie (NKTM) yang tengah hangat di pasaran sekarang nie. Panggung semalam memang penuh sampaikan tiket jam 7 dan 11 malam sold out. Jalan ceritanya menarik jugak la tapi yang kelakarnya cerita tue lebih banyak buat saya dan kawan-kawan tergelak dari mengeluarkan airmata. Oh by the way, kami tak menangis langsung OK, just sebak masa tengok Ilyas dan Mariam kehilangan ummi diorang. Bagi yang dah tengok NKTM nie pasti dah tahu watak-wataknya kan, so tak payah la saya duk terang panjang lebar.

Back to the tittle, ramai yang post kunun selepas menonton NKTM teringin nak kahwin sebab cerita tue kan tentang kasih sayang, pengorbanan, kesetiaan sepasang suami isteri. Tapi bukan sebab tersebut yang tiba-tiba menimbulkan rasa ingin cepat kahwin dalam diri saya.

Sebabnya…….semalam sesudah keluar dari panggung dan di dalam pencarian mencari tandas saya dan kawan-kawan terserempak dengan sepasang suami isteri yang baru 3 minggu melangsungkan perkahwinan. Si suami adalah teman ketika belajar dan si isteri adalah junior kami di kolej kediaman. Seronok melihat mereka melepaskan lelah selepas penat berkerja dan membeli barang-barang rumah. Sambil melihat orang di pusat membeli-belah sambil menikmati aiskrim sedang troli yang penuh barang diam di sisi. Dalam hati “wah, comelnya…saya mahu seperti itu jugak!!!!” manakala apa yang keluar di mulut saya di hadapan kawan-kawan selepas itu “ aku nak kahwin weh” hahaha.

Selama ini, bukan tak pernah ayat itu keluar dari mulut saya terutama di majlis-majlis kahwin kawan-kawan namun kali ini berserta dengan niat di hati. Namun, saya pasti sekarang bukan masanya. Saya perlu menghabiskan Master saya terlebih dahulu sebelum memulakan hidup dan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, InsyaAllah. Maaf ya ‘timba’, awak kena tunggu saya lama lagi…

May 14, 2011

Perigi cari timba

Kata orang, sekarang dah tak ada lagi dah istilah perigi cari timba. Tak pelah pun kalau ‘perigi’ yang cakap dulu, apa salahnya. Takkan nak tunggu je ‘timba’ tue cakap, tue pun kalau ‘timba’ nak cakap. Yelah, dulu dah kena sekali, kurang-kurang ‘timba’ pun ada rasa segan, malu jugakkan nak tanya sekali lagi. Bila ‘perigi’ tiba-tiba cakap “Can we start all over again?” ,‘perigi’ bimbang jugak. Yelah, takut ‘timba’ dah out of market…yelah, ‘timba’ kan tengah very-very much available, apatah lagi baru je tukar kereta yang ada lambang H besar kat depan tue, lagi la naik sahamnya. Tapi itu bukan la bermaksud ‘perigi’ tiba-tiba berubah fikiran sebab ‘timba’ baru tukar kereta yang diminati oleh ‘perigi’.

‘Perigi’ buangkan segala perasaan malu kunun-kunun menjaga gengsinya kerana tiba-tiba ‘perigi’ rasa dia kehilangan sesuatu. Yea, ‘perigi’ terasa dengan kehilangan ‘timba’. Masa ‘perigi’ tanya soalan tue, muka ‘perigi’ macam dah kena simbah dengan minyak angin. Malu jangan cakap la….Namun, Alhamdulillah ‘timba’ terima “LAMARAN” dari ‘perigi’. Terima kasih ‘timba’….Buat masa sekarang ‘perigi’ nak jalan perlahan-lahan, tak nak laju-laju macam dulu…Doakan ‘perigi’ dan ‘timba’ yer semua. Embarrassed smile

May 9, 2011

Antara kerja bodoh saya

Untitled

One of the stupidest thing I did but I’m just hoping that he’ll notice this and hoping he know it’s him!

May 7, 2011

Life & Love Quotes #1


Dulu, aku pernah letak satu dinding besar di antara aku dan dia. tapi lama-lama dinding besar itu penuh dengan contengan yang sgt terkesan di hati. tapi, bila aku dah bersedia utk memecahkan dinding tersebut, dia lari


(HA, 2011)

May 5, 2011

Yang ku mahu

Yang ku mahu

Kau kembalikan separuh jiwaku

Yang ku mahu…

Kau pergi jauh dari ingatanku

Yang ku mahu…

Kau lenyap dari hatiku

Yang ku mahu..

Kau hilang dari mimpi-mimpiku

Yang ku mahu..

Kau benarkan aku bahagia dengan masa depanku

Yang ku mahu..

Aku mahu lupakan kau…

Kau yang selalu hadir kala lena mula menyapa

Kau yang hadir kala hati mula gembira

Kau yang hadir lalu hatiku gundah gulana

Ku mahu kau pergi

Pergi dari hidupku, fikiranku, kenanganku, hatiku, mimpi-mimpiku..

Benarkan aku bahagia sedang aku mula menerima kau bukan untukku…

Benarkan….

Apr 24, 2011

A DOCTOR IN THE HOUSE

Current status : just finish the 2nd chapter


1st chapter : Becoming Prime Minister


2nd chapter : Family Values


still got 60 chapters to go...U go girl...


DSC03367DSC03369


A cup of milo and a slices of cheese cake as a companion

Apr 23, 2011

Down memory lane | biskut kapal terbang

Saya tak tahu la kalau mungkin ada sesetengh orang yang tak pernah mengenali biskut nie…bentuk dia macam kapal terbang la memandangkan saya panggil biskut kapal terbang kan. tapi kadang-kadang bila tengok macam bentuk burung pulak hehe…

Dah lama saya cari biskut nie, asyik la pusing-pusing kat orang jual jajan, biskut, jeruk dan segala-bagai tue Tak kira kat pasar malam, kat uptown,downtown, car boot sale, kat mana-mana la yang agak-agak ada orang jual jajan… So last evening, me and my friends went to pasar malam to buy a tudung for wedding tomorrow, so i just looked around at jajan stall and went i saw it i called my roomate and she just said ‘biskut kapal terbang!’….

Wah bahagianya dapat jumpa biskut yang dicari-cari…

DSC03358

a plane or a bird…you decide on your own

DSC03360

3 packets for RM5

Current status : Unwell

Right now with all the wedding invitation was queue for me to attend, i got a fever-flu-cough... Gosh, wish i was at home right now!!!

Apr 22, 2011

Edisi lepas geram | berkecil hati

kecik hati kau je yang kau fikir, penat lelah orang yang buat ada kau fikir? berdaulat sangat ke kau tue…

dari dapur 1452 | kerabu mangga

kerabu mangga 1kerabu mangga 2

Bahan-bahan:

  1. Mangga muda
  2. Bawang
  3. Cili
  4. Serai
  5. Daun limau purut
  6. Bunga kantan/daun ketumbar
  7. Limau nipis/sos ikan
  8. Garam
  9. Gula
  10. Ikan bilis (goreng)
  11. Kacang tanah (tumbuk)

Cara-cara:

Potong-potong, hiris-hiris, campak-campak, rasa……yummy Winking smileselamat mencuba….

Apr 21, 2011

When you want it the most there's no easy way out
When you're ready to go and your heart's left in doubt
Don't give up on your faith
Love comes to those who believe it
And that's the way it is

 

that's the way it is-celine dion

Apr 20, 2011

Kompang dipalu

Aduhai, rasanya sejak dari awal tahun lagi tak berhenti jemputan kahwin yang di terima….penatnya tapi seronok bila fikir kawan-kawan, senior-senior, junior-junior sudah memasuki alam baru. Alam berumah bertangga. Alhamdulillah…

Untuk bulan nie, saya ada 7 jemputan  kenduri kahwin termasuk yang bulan depan la. Tapi rasanya hanya 5 yang betul-betul saya boleh hadirkan diri. Minta maaf banyak-banyak pada mereka yang saya tak dapat hadirkan diri ke kenduri mereka kerana kekangan masa.

Apa-apa pun tahniah buat mereka dan tahniah juga kepada mereka-mereka yang bergelar parents tak lama lagi. Tahun nie, ramai yer yang menuai ‘hasil’ Smile with tongue out. Alhamdullilah…

Let the rain fall down
And wake my dreams
Let it wash away
My sanity
'Cause I wanna feel the thunder
I wanna scream
Let the rain fall down
I'm coming clean, I'm coming clean

 

come clean-hillary duff

Apr 19, 2011

Sedetik cuma

Kasih mu sedetik cuma

Sayang mu sedetik cuma

Kerna….

Antara kita sedetik cuma

Hit me like a ray of sun
Burning through my darkest night
You're the only one that I want
Think I'm addicted to your light

 

halo-beyonce

I hope you're doing fine out there without me
'Cause I'm not doing so good without you
The things I've thought you'd never know about me
Were the things I guess you always understood

 

here by me-3 doors down

Apr 18, 2011

I wonder if I
Ever cross your mind
For me it happens all the time

 

need you know-lady antebellum

Apr 16, 2011

Dari dapur 1452 | fettuccini cabonara

1452


Ini sebenarnya cubaan pertama saya dan roomate memasak fettuccini cabonara. Alhamdulillah, terus menjadi. Ramai juga kawan-kawan yang memuji, sedap kata mereka *kembang jap*. Tak kurang juga ada yang meminta resipi dari kami, kami pun memasak guna buku sebenarnya ;p.


Semenjak duduk rumah sewa nie, rajin la sikit memasaknya. Mak di kampung pun ada menegur, dah duduk rumah sewa baru la nak tanya resipi macam-macam kat mak hehe…


Doakan saya terus rajin dengan hobi baru saya nie. InsyaAllah akan ada banyak lagi resipi-resipi baru terutamanya makanan-makanan Terengganu yang akan menyusul dari Dari Dapur 1452…

Apr 14, 2011

~Hanya AKU dan DIA~


yang tahu hanya AKU dan DIA

Bagaimana ketika hati terluka lantaran patah cinta

yang tau hanya AKU dan DIA

Bagaimana rasa hati ketika kesepian tak ada teman


yang tau hanya AKU dan DIA

Bagaimana rasa hati terluka karena merasa tak ada yang fahami

yang tau hanya AKU dan DIA

Bagaimana nuansa hati ketika masalah berlarutan tanpa henti

yang tau hanya AKU dan DIA

Bagaimana kalut nya hati setelah sekian kali digores

yang tau hanya AKU dan DIA

Bagaimana susahnya hati menjadi tunggak menyemai kasih abadi

yang tau hanya AKU dan DIA

Bagaimana galaunya hati saat merasa tak ada yang

bisa diajak saling mengerti

yang tau hanya AKU

Bagaimana nelangsanya hati merasa sendirian

yang tau hanya "DIA"

Bagaimana aku dan dia ditakdirkan untuk lalui semua rasa itu..


Tapi AKU dan DIA hanya ada "DIA" yang mengetahui segala isi hati. Terima kasih atas segalanya kerana beri AKU dan DIA peluang untuk masih lagi kekal bersama sebagai AKU dan DIA..


Apr 4, 2011

Apr 1, 2011

Down Memory Lane | 2001’s April Fool

Today is 1st April!!! So hari nie nak cerita pasal kenangan April Fool saya kat MRSM KT. Saya ingat lagi, masa tue first year kat MRSM…mood pun tak betul lagi ;p. Malam tue macam biasa, pukul 11 dah tidur dan pukul 6 pagi dah bangun. Bangun pagi tue, mula-mula tak perasan apa pun tapi tiba-tiba bunyi kecoh kat dalam dorm. Dorm saya Siti Aisyah dan dormmate saya ada lebih kurang 52 orang, okey! Memang kecoh la. Dalam terpinga-pinga saya nampak muka budak-budak dorm saya merah-merah. Belek punya belek, lipstick daaa….


Lepas tue paling kecoh sebab ada yang kena tambat kakinya dengan tali kasut kat kaki katil, apa lagi nak bangun tersembam la hahaha…Bila dikejutkan roomate yang sedang lena, dia dengan muka terpisat-pisat baru bangun tidur terus tergelak… pelik bunyi tapi hakikatnya dalam ramai-ramai dalam dorm tue hanya saya, roomate saya dan seorang lagi dormmate saya, Liz yang tak kena. Pelik kan. Masa tue la saya perasan yang rupanya dalangnya adalah roomate saya nie hah, tue pun sebab kantoi jumpa lipstik hahaha. Muka saya tak kena sebab takut saya marah katanya…


Itu cerita 2001, dah 10 tahun berlalu namun paling saya ingat sebab itu la satu-satunya April Fool saya. 1 april senantiasa mengingatkan saya pada mereka berdua. Si tok dalang sekarang pun dah berjaya menjadi seorang guru, imagine that! haha and her-partner-in-crime bakal bergelar doktor tidak lama lagi… to Saubin and Liz, thanks for the memories =)


39242_145461462147612_100000512760689_362777_6569788_n-horzTok Dalang, Saubin & her-partner-in-crime, Wa Lisz Hazimah

Mar 28, 2011

dilema hidupku

Lahirku sebagai anak pompuan tunggal agak menyesakkan dada n jiwa raga...di kala adik kedua telah berumah tangga...aku 25++ masih x berpunya..haha...sibuk sedara mara dok bercerita...apa nak dikata??pasang telinga saja la...nak jadi citer sumer nak carikan aku partner...time 2 ape lg..ckp diriku sudah berpunya...dengan siapa jangan ditanya....Allah jua mengetahui segala...

The Optimist Creed

I promise myself:


To be so strong that nothing can disturb my peace of mind.

To talk health, happiness, & prosperity to every person I meet.

To make all my friends feel that there is something worthwhile in them.

To look at the sunny side of everything & make my optimism come true.

To think only of the best, to work only for the best, & to expect only the best.

To be just as enthusiastic about the success of others as I am about my own.

To forget the mistakes of the past and press on to the greater achievements of the future.

To wear a cheerful expression at all times & give a smile to every living creature I meet.

To give so much time to improving myself that I have no time to criticize others.

To be too large for worry, too noble for anger, too strong for fear, & too happy to permit the presence of trouble.

To think well of myself & to proclaim this fact to the world, not in loud word, but in great deeds.

To live in the faith that the whole world is on my side, so long as I am true to the best that is in me.


    Christian D. Larson

    Mar 25, 2011

    Trauma

    Assalamualaikum…selamat pagi Jumaat….

    Saya nak cerita tentang trauma saya ketika ini, bukan la trauma selepas kemalangan tue tapi trauma selepas menziarahi orang meninggal….

    Sebelum nie tak perasan sangat pun tapi nak dijadikan cerita jiran rumah sewa lama saya sakit last 3 weeks, jadi hari Jumaat malam (18/3/11) saya dan housemate berkesempatan menziarahi mak cik nie. Kami agak rapat la memandangkan anak tunggal beliau belajar tuisyen di rumah saya. Namun, malam Isnin (21/3/11) housemate saya balik dari makan dengan berita ada khemah dan ramai orang di hadapan rumah beliau.

    Tak lama kemudian, saya terima sms dari housemate lama memberitahu arwah telah kembali ke Rahmatullah pada petang tersebut. Innalillahiwainnahilaihirojiun…..Terasa baru lagi saya menziarahi arwah. Saya dan housemate sepakat untuk menziarahi jenazah arwah pada keesokan pagi memandangkan malam sudah melangkaui pagi pada waktu itu.

    Seawal jam 8 pagi kami sudah berada di rumah arwah. Selepas menyedahkan arwah dengan bacaan Yasin, kami menunggu sehingga jenazah arwah di bawa ke masjid untuk dimandikan dan dikafan kan.

    Apa yang traumanya, saya sehingga kini masih terbayang-bayangkan muka arwah, trauma untuk ke tandas walaupun jam baru menunjukkan jam 11 malam. Penakut? katalah apa saja…memang saya trauma sekarang!

    Mar 21, 2011

    new co-bloggers

    hye readers….don’t be surprise if u’ve turned into my blog and found out the writing is a bit different…right now, i’ve invited 2 a good friends of mine to be a co-bloggers to write in this blog, nevertheless i’m still the admin and all the activities happen are still in my observation…

    i’ll introduce the new co-bloggers in another entry and hope the readers can enjoy their writing. last but not least thank you to all readers and do not hesitate to leave a comment(s) and drop ur URL at our shoutmix chat widget….

    Sebarang keraguan boleh diajukan di formspring atau di fb admin. Sebarang kesulitan amat di kesali, sesungguhnya yang buruk itu datang dari kami dan yang baik itu datang dari Yang Maha Pencipta…

    Mar 19, 2011

    Derma darah buat pertama kalinya

    Alhamdulillah, dah lama nak derma darah nie, tapi mesti tak berkesempatan biasanya sebab kitaran biologi haha… So, nie yang pertama kalinya dan pasti akan ada yang kedua, ketiga dan seterusnya, InsyaAllah…. Derma darah nie relax je, just kena pam supaya bagi pressure kat darah jelah, siap boleh main massage lagi tue haha...

    I'm a bit excited nak derma darah nie tapi agak cuak la, yelah first time kan, yang paling kelakar my roomate merangkap cik peneman, Ekin. She keep asking me if i’m okey after the blood donation. Hahaha… Siap ajak naik bas masa nak balik memandangkan kitorang kena jalan kaki dalam 20 minit jugak la nak sampai rumah. After all, everything is okey except rasa kebas sikit-sikit, oh, saya baru tahu saya dari golongan mereka yang berdarah B ;p…Anyway, thanks ekin, temankan i yang excited nie haha.

    derma darahcats My certificate and my blood group

    Mar 16, 2011

    1st Gathering of MRSM KT 01/02

    Oh reunion nie dah seminggu berlalu tapi baru sekarang ada masa nak review (kunun-kunun busy ;p). Selepas 9 tahun, ini adalah julung-julung kalinya batch 01/02 berkumpul beramai-ramai, yeah!. Walaupun yang datang hanya 25 orang termasuk pasangan masing-masing daripada 3++ namun ianya masih lagi meriah. Yelah bila masing-masing dah berkeluarga, berkerjaya, agak susah untuk mengumpulkan semua orang kan. Terima kasih kepada Puan Liyanasafra yang bertindak sebagai penganjur. Ada yang datang dari Kuching, Terengganu, Pahang semata-mata nak join reunion. Memandangkan nie first time kitorang masuk Cyberjaya, pusing-pusing gak la till kitorang terpaksa pull off kat tepi dan telefon Yana. Tapi yang kelakarnya, kitorang la yang sampai paling awal hahaha.

    Apa yang best kat reunion nie? Kitorg borak-borak sakan sampai boleh ingat lagi menu kat DS (Dewan Selera). Hari Selasa lunch nasi tomato, lunch hari Khamis nasi ayam, breakfast for Friday was nasi lemak dan dinner was nasi goreng with tom yam and keropok goreng. The funny this was, on Friday's morning, most of us will jog first before take a breakfast and it was nasi lemak!!!! Oh gosh... but most of us still remember nasi ibu. It was just a normal rice but the chicken was superb!!! And to buy it, u need to meredah jalan bersemak and as a rebel teenager at those time, i eat nasi ibu every week even it's mean i've to broke the rules hahaha...and another thing we remember was, ada sorang mak cik akan datang jual nasi lemak on Saturday. Memang nasi lemak tue cepat habis la kalau terlambat sikit. Nasi lemak tue sehinggit je, kalau tambah telur baru sehinggit tujuh puluh sen. Sedap? yummy...lepas makan nasi lemak, kena pergi kelas prep dan tersengguk-sengguk kekenyangan dan mengantuk hahahaha....

    Sudah makan, lepak-lepak, ambik gambar, tanya khabar. Me and my friends cabut awal memandangkan diorang perlu bergerak balik ke Terengganu dan yang stay terus lepak kat Old Town. Tak aci betul la!!!! hahaha. I'm really hopping this event going to get bigger and bigger next time and i'm really looking forward to it...



    Me and Damia, the cute and the cutest ;p but......wait!



    hah, hambek ko! kena cakar......

    orang kuat BWP batch 01/02...meet, Puan Syazwani and Teacher Wan Shahirah



    Puan Liyanasafra...=)

    Mar 3, 2011

    Bersengalan di PD

    Ini adalah salah satu aktiviti yang kami buat dengan penuh kesengalan. Kenapa? Bertolak pada jam 6 petang, hari Ahad hanya semata-mata mahu mengasah kreativiti dan bakat si pemetik butang Canon EOS 50D. Bertolak jam 6 petang, pulang jam 11 malam...Isnin, kerja!!!


    Kata si photographer, dah bosan sangat ke Putrajaya, asyik-asyik Putrajaya. Sekali-sekala berubah angin la pulak. Ke hutan sudah, sungai sudah, matahari terbit pun sudah, sesekali memandu jauh semata-mata mengejar matahari terbenam apa salahnya.




    Mar 2, 2011

    pada kaca mata mereka

    Sombong


    Memilih


    Jual mahal


    Terbaru : High maintainance

    Mar 1, 2011

    1 soalan, 2 jawapan berbeza

    Kalau bertanyakan tentang hati, cinta dan perasan kepada kawan-kawan, pasti jawapannya berbeza berdasarkan kepada siapa soalan tersebut diajukan.


    Kebanyakkan jawapan yang diterima dari kawan-kawan lelaki, "try dlu, cinta memang tak boleh dipaksa tapi kita boleh pupuk, apa-apa pun try je".....


    Kalau dari kawan-kawan perempuan pulak, jawapan diorang mesti lebih kurang je walaupun ayatnya berbeza. Lebih kurang begini lah ayatnya " memanglah cinta boleh dipupuk tapi jangan dipaksa hati tue kalau dah cuba tapi cinta yang dicari tetap tidak menjelma. Jangan dipermainkan hati yang menunggu, jangan sandarkan harapan sedang haluannya entah kemana"....


    But right now, I'm still in 'give me some time and space' mode, but until when?




    Feb 22, 2011

    Broga Hill, Semenyih

    Nothing much to tell actually, it were a pictures we're climbing Broga Hill at 2011 New Year Eve. It's just one of another regular activities we are doing. Just want to share the picture.

    before : bbq-ing
    in between : Datin Harlina's swing
    after : peak of Broga Hill & at dawn



    Feb 17, 2011

    Legasi tenunan songket

    Menurut ibu saya, beliau mula menenun songket sejak berumur 13 tahun dan mula mempunyai 'jentera'nya sendiri ketika berumur 16 tahun...Pada ketika itu, setiap rumah di kawasan kampung saya mempunyai sekurang-kurangnya seorang yang boleh menenun songket. Songket telah menjadi darah daging ibu saya sejak kecik memandangkan ia adalah legasi keluarga. Walaupun sekadar mengambil upah menenun, ia cukup untuk menampung belanja keluarga ketika itu.Selepas 28 tahun, 'jentera' tersebut masih lagi utuh di ruang dapur rumah saya. Sekarang ibu saya hanya menenun untuk menghabiskan masa lapang sementara menunggu adik-adik pulang dari sekolah.

    Namun, legasi tersebut mungkin akan berakhir tidak lama lagi. Ibu seboleh-bolehnya tidak menggalakkan saya dan adik perempuan mempelajari menenun songket. Pada saat cuti persekolahan, saya cuba memujuk ibu mengajar saya menenun tapi ibu lebih suka sekiranya saya menumpukan kepada pelajaran. Katanya, biar lah dia saja yang mengalami kesusahan, dia tak nak anak-anak ikut jejak langkahnya.

    Masa berlalu namun diantara saya dan Angah, adik perempuan saya ini lebih beruntung. Ibu sudi mengajar Angah menenun. Apatah lagi dengan keadaan Angah yang hanya belajar di Dungun, senang untuk Angah pulang hanya semata-mata mahu belajar menenun berbanding saya yang hanya boleh pulang setiap 2 bulan. By the time saya balik kampung pasti saya dah lupa =).Sekarang, walaupun tidak lah mahir seperti ibu, Angah mula bertatih dan sebenarnya lebih kreatif dari ibu.

    Saya mengerti jika orang mempersoalkan 'kenapa saya tak pandai menenun songket sedangkan ia adalah warisan keluarga', namun permintaan ibu untuk saya maju dalam pelajaran lebih penting pada waktu itu.


    masih utuh selepas 28 tahun


    Angah
    Segan katanya ketika gambar nie di muat naik di Facebook

    Feb 8, 2011

    Hati yang gelora gara-gara EPL

    Semalam, dari sarapan sehingga makan tengah hari hinggalah minum petang. Semua sibuk bercerita, mengutuk dan mempertahankan kelab pilihan masing-masing di liga paling popular di muka bumi nie. Apalagi kalau bukan EPL (English Primier League) . Memang lah tersangat kecoh bercerita semalam. Kalau yang tak faham, meh saya rumuskan.
    Pertamanya kekalahan pendahulu liga, Manchester United (MU) dengan skor 2-1. Ironinya di sini adalah pasukan yang membenam mereka ada pasukan tercorot liga iaitu Wolves...tapi bak kata penyokong MU " tak pe lah, kasi can kat Arsenal nak rapatkan jurang mata". Namun sebaliknya yang berlaku adalah Arsenal yang menentang Newcastle United gagal dalam misi mengejar MU apabila terpaksa seri 4-4. Apa yang membuatkan para penyokong The Gunners berang adalah, pasukan Arsene Wenger pada suatu masa mendahului 4-0 sebelum Newcastle United bangkit pada separuh masa kedua...Yang paling menjadi tumpuan tentulah pertemuan Chelsea menentang Liverpool. Sudah tentu la para penyokong The Blue mengharapkan kemenangan apatah lagi dengan pembelian sebanyak 50 juta pound Fernando Torres. Namun sebaliknya, penampilan pertama Torres berjersi biru telah di musnahkan dengan kemenangan 1-0 oleh bekas pasukannya The Reds...hidup The Reds! ;p...Tinggal hanya beberapa perlawanan, kita sama-sama lah nantikan siapa yang bakal menjuarai EPL


    p/s : Torres macam hilang seri je pakai jersi lain selain jersi warna merah

    Perbualan dua beradik di atas sebuah motosikal

    Adik : Nie la, ghumoh kawang adik hok name Firdauh tue...
    Kakak : Firdauh mane pulok?
    Adik : Hok maghi ghumoh maghing orh...
    Kakak : Oh, hok tue ke
    Adik : Yer ade ghama ngak adik...
    Kakak : Doh ghama wape oghang?
    Adik : Dok tahu gok, tapi adik tak dok soghang pung adik
    Kakak : Hah sudoh...doh adik nok adik ke?
    Adik : Nok ah...boleh wak main, adik nok adik macang Siti Hawa orh
    Kakak : Doh kak long tak mboh doh adik
    Adik : Kak long tak mboh dakpe arh, adik nok adik
    Kakak : Mane boleh gitu, adik adik, adik kak long gok
    Adik : Doh kak long tak mboh adik, biar arh yer jadi adik adik je...
    Kakak : *tepuk dahi*


    ~ siti hawa : baby jiran umur 8 bulan

    Feb 7, 2011

    Decided, finally!

    Reunion

    Date : 12 March 2011
    Venue : Somewhere around Cyberjaya

    Kenduri

    Date : 18 March 2011
    Venue : Hometown, Kuala Berang

    A big yay with a big smile....InsyaAllah I'll be there for both events

    A thing called comitment


    I just read it from Cik Hidayah Ariffin's blog and I think I would like to share it with you

    Wahai lelaki-lelaki gedik

    terkedu. tiada kata-kata yang dapat saya coretkan. hanya satu. GEDIK.

    wahai lelaki-lelaki GEDIK dan BUDIMAN,

    Janganlah bagi pengharapan yang BESAR kepada gadis-gadis yang sedang mencari CINTA. Kalau mahu berkawan, biarlah berkawan dengan cara yang tidak berlebih-lebih. Berlebih-lebih ini maksudnya janganlah MAIN-MAINkan perasaan gadis-gadis. Adoooiiii.. memang sangat GEDIK la kalau lelaki-lelaki budiman di luar sana yang buat perangai macam ni.
    Anda bagi pengharapan kepada gadis-gadis sehingga gadis-gadis merasakan anda suka sama gadis-gadis. Tapi, di pihak anda [lelaki-lelaki budiman] anda tidak mempunyai apa-apa perasaan pun pada gadis-gadis tersebut.
    Dalam situasi begini, tiada pihak yg perlu disalahkan. ATAU mungkin gadis-gadis salah dalam membuat interpretasi dengan apa yang telah dilakukakn oleh lelaki-lelaki budiman. dan mungkin juga lelaki-lelaki budiman salah dalam menganggap apa yang dikongsi+diceritakan pada gadis-gadis, gadis-gadis tidak akan suka atau minat dengan lelaki-lelaki budiman.

    Solusi:
    Kepada gadis-gadis, janganlah terlalu mengharap jika anda bertemu dengan seseorang lelaki yang budiman. mungkin pada firasat+gerak hati anda berkata,"oh, dialah lelaki budiman saya". tapi, berfikir lah dahulu. dapatkan kepastian daripada lelaki-lelaki budiman. jika lelaki-lelaki budiman tersebut punya minat+perasaan sama dengan gadis-gadis, teruskanlah perhubungan tersebut ke arah satu hubungan yang sah dan diredai. dan jika lelaki-lelaki budiman tersebut tidak memberi apa-apa respons samada meminati gadis-gadis, lupakan sajalah angan-angan gadis-gadis untuk bersama lelaki-lelaki budiman tersebut.

    I don't know about you but for me, I couldn't agree more *sigh*

    Sehari selepas kenduri

    Assalamualaikum...

    Saya mulakan entri ini dengan satu pertanyaan " Best tak pergi kenduri kahwin?"... Mesti lah best...seronok kan bila pergi kenduri siap konvoi ramai-ramai sampai 3,4 buah kereta lagi...dah tue bila sampai sana jumpa lagi kawan-kawan lama, yang dah ada anak siap bawa anak...boleh lepak-lepak, gelak-gelak, ambil gambar banyak-banyak...memang seronok la kan....
    TAPI....
    Oh ada tapinya, perasaan seronok tue pasti hilang apabila korang terjaga jam 3 pagi gara-gara perut korang meragam dah tue siap berebut lagi dengan housemate dan bertukar menjadi bahan gelak ketawa apabila pagi esoknya dapat banyak panggilan bertanya "kau sakit perut tak pagi tadi? berebut tandas tak dengan housemate ko?" hahaha...

    Jan 25, 2011

    cuma

    Sebenarnya, banyak sangat story yang saya nak masukkan dalam blog nie....kisah saya buat kek lapis keju la, pengalaman tidak tidur selama 24 jam semata-mata nak memanjat Bukit Broga di pagi tahun baru, cerita saya ke Cameron Highland dan sanggup berpusing-pusing selama 2 jam semata-mata mencari Tina & Theodore, aktiviti saya dan kawan-kawan yang sangat suka berkhemah...namun semua idea saya hilang dan terus mati sejak bulan Disember 2010...tunggu yea kawan-kawan...so sorry because of the long silent...i think there is no cure for broken heart, even time! Daaaaa.....

    reunion or kenduri

    Assalamualaikum....
    Baru-baru nie, saya kena sound sebab lama sangat under construction, wah dah kena baru nak letak entri baru....hahaha. Sorry dear =)...
    So, the story begin...I got an invitation at my FB yesterday...it's REUNION, yay!...it's our first reunion after 9 years....walawei dah lama rupanya saya tinggalkan zaman persekolahan (perasan diri tue muda ;p)...Yelah this time, most of them has came back from over the sea, got a job, married, have a famili (the things that i didn't complish not a single one hahaha), so we think it is a right time to gather, hang out....So, the plan was made by our group admin. I'm really hoping to attend it, so excited actually...but, the thing is my beloved uncle want to do some kenduri that i don't have a clue for what...and and and...it maybe, happen on the same day with our reunion...waaaa kuciwa...i can't really decide yet, which one i'll attend because both of the event didn't decided the exactly date yet, just mention that it'll happen on school holiday...adoiya...fenin2..