Mar 25, 2011

Trauma

Assalamualaikum…selamat pagi Jumaat….

Saya nak cerita tentang trauma saya ketika ini, bukan la trauma selepas kemalangan tue tapi trauma selepas menziarahi orang meninggal….

Sebelum nie tak perasan sangat pun tapi nak dijadikan cerita jiran rumah sewa lama saya sakit last 3 weeks, jadi hari Jumaat malam (18/3/11) saya dan housemate berkesempatan menziarahi mak cik nie. Kami agak rapat la memandangkan anak tunggal beliau belajar tuisyen di rumah saya. Namun, malam Isnin (21/3/11) housemate saya balik dari makan dengan berita ada khemah dan ramai orang di hadapan rumah beliau.

Tak lama kemudian, saya terima sms dari housemate lama memberitahu arwah telah kembali ke Rahmatullah pada petang tersebut. Innalillahiwainnahilaihirojiun…..Terasa baru lagi saya menziarahi arwah. Saya dan housemate sepakat untuk menziarahi jenazah arwah pada keesokan pagi memandangkan malam sudah melangkaui pagi pada waktu itu.

Seawal jam 8 pagi kami sudah berada di rumah arwah. Selepas menyedahkan arwah dengan bacaan Yasin, kami menunggu sehingga jenazah arwah di bawa ke masjid untuk dimandikan dan dikafan kan.

Apa yang traumanya, saya sehingga kini masih terbayang-bayangkan muka arwah, trauma untuk ke tandas walaupun jam baru menunjukkan jam 11 malam. Penakut? katalah apa saja…memang saya trauma sekarang!

No comments:

Post a Comment