May 26, 2010

8tv showdown 2010 malam nie buat aku frust menonggeng....

Rite now, i'm soooooooo addicted with 8tv Showdown 2010...oh i really enjoyed the battle. My fav crew definitely Wakaka Crew, Giller Battle Crew, and Floor Fever. But.....actually Hafiz Hatim who caught my eyes...hahahha...oh dia sungguh chumil lallalaala~~~

the awesome logo....

so, every week they have a theme like last week the theme was My Life. For this week, the theme is Michael Jackson ~ a tribute to the King of Pop. The choreograph and the style must be like MJ. The crowd also are suggest to dress a trademark og MJ such a glove etc....oh can't wait hahaha...

This are my fav crew on this show:

1st :

Wakaka Crew...their trademark is " WALAU AKU KALAH AKU KISAH APA"

they have Alam (So You Think You Can Dance's Winner) in their crew..the choreograph were superb.....

2nd:

Giller Battle Crew.....soooooo famous and good even the b-boy from others country want to have a battle with them....but, diorg nie agak kerek la sket...huhuhu...

3rd:

Floor Fever...The energy from the girls were superb...love them, support them...vote them =)

LASTLY.....jeng...jeng...jeng...♥ ♥ ♥ *wink* wink*

the host : HAFIZ HATIM...

he is a DJ at Fly Fmfor Night Flight segment (Mon-Fri, 8pm-12 am)..

Rite now i tgh mmg frust menonggeng coz i got 2 reserved tix to see the show live tonite at KL Live@ Life Centre but somehow x dapat pergi...masa dpt tahu dpt tix tue jgn cakap la terkinja2 aku menari hehehe....oh HAFIZ...=((

May 21, 2010

santapan ikan kelah cum promote our National Park

Last weekend, one of a good friend of mine turun all the way from National Park lepak2 with us. It is a normal lepak until the tuan rumah of where he stayed said, "wei, meh umah kitorg, masak ikan kelah" WTH? Kelah? That was protected fish and at National Park, it has its own santuary! So, kalau all semua nak mandi manda sambil di kelilingi ikan kelah, come and visit our National Park at Pahang..National Park, have a lots of pintu masuk, one of it Kenyir Lake, Sg. Relau di Kelantan and kaki Gunung Tahan di Pahang. Oh dh macam tour guide pulak hehe..tapi seyes, tak menyesal la u all kalau g lepak kat National Park nie, cantik, menarik, tertarik kau memang the boom.....(iklan jap ;p)...oh, kelah tue kitorg masak 3 rasa...not that bad la, just like normal ikan sungai rasa mestilah payau2 sket. I just take a bite because i don't eat ikan sungai sangat. Just to taste it and so someday i boleh la cakap kat org ' hei, i dah mkn ikan kelah yang bapak gila mahal dan bersisik cantik tue'....the side menu was, ayam masak kunyit, sup sayur, sambal belacan, and a cake for the chef as a birthday girl...wallaaaaaa..........burpppppp...Alhamdulillah


jemput makan semua :-)



yummm....


birthday girl...HAPPY 25th BDAY ANA....

ek? @___@

May 18, 2010

happy birthday awak yang saya-suke-awak-dalam-diam-je

















Oh semalam birthday sesorang yang mmg aku minat giler masa skolah menengah dulu. Aa time hingus kat hidung lagi ada hati nak usha anak teruna orang hahaha....dia nie dah la lefthanded, smart lak tue. Aku nie mmg pelik sket suke ngan mamat yang lefthanded nie, bukan kumpulan lefthanded tue tau...tapi kumpulan tue aku layan gak lagu dia hahaha. Oh ex aku dlu pun lefthanded gak...nampak nice je kan bila tgk mamat yang kidal nie, cam comel je hehehe. Oh mamat yang saya-suke-awak-dalam-diam nie dah kawen tau...sshhh diam2 sudah. oh xleh reveal dalam nie. Nak mampos? Oh adik pompuan dia nak kawen ngan kawan sekolah i tau....oh kecilnya dunia ini...wakakakaka... Akhir kalam ewahhh... HAPPY 28th BIRTHDAY

May 17, 2010

~ SELAMAT HARI GURU ~













Kepada kawan2 yang bergelar guru dan bakal bergelar guru SELAMAT HARI GURU..... Kepada kedua2 mak dan ayah di kampung juga....Mereka lah guru pertama saya sejak 24 tahun, 10 bulan dan 8 hari yang lalu...Terima kasih mak dan ayah dan cikgu2 sekalian....

selepas setahun 3 minggu, diploma perhutanan 03-06 kehilangan lagi...Al-fatihah

Assalamualaikum.....
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.....


Baru sahaja rasanya kami mengadakan kenduri tahlil arwah Faiz,namun kami dikejutkan lagi dengan kehilangan arwah K. Ain. Jika dahulu ketika arwah Faiz bertarung di Hospital Serdang, saya sempat menjengah menziarahi arwah. Ramai yang datang menziarah memandangkan ramai yang masih berada di area Serdang ketika itu. Arwah ketika itu memang di ketahui mempunyai antibodi yang lemah, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang kerana meningitis. Sebagai teman yang rapat, kami mengiringi jenazah arwah dari serdang ke Bagan Datoh sehingga ke bacaan talkin. Sayu.....itu saja perkataan terungkap melihat keluarga arwah...Anak lelaki sulung mereka pergi dahulu sebelum mereka dan tidak sempat menghadiri konvokesyen degree....Arwah K.Ain pula pergi sebelum sempat saya menziarah lantaran menemani kawan baik yang juga kehilangan sepupu pulang ke kampung di Kelantan. Mendengar berita arwah dimasukkan ke hospital pada pagi Jumaat 7 May membuatkan saya terpampan. Arwah disahkan menghadapi denggi berdarah sehinggakan separuh daripada hati arwah rosak dan dikhabarkan bahawa arwah sudah tiada harapan tika itu. Saya hanya mampu berdoa agar sempat menziarahi arwah. Namun, Allah lebih menyayangi arwah, tepat jam 2 petang Isnin 10 May arwah pergi buat selama-lamanya. Pilu mengingatkan ketika arwah berada di Hospital Serdang, katil arwah hanya bersebelahan dengan katil bapa arwah yang mengalami masalah jantung dan koma. Lebih pilu apabila saat jenazah arwah dikafankan, darah masih keluar dari hidung dan mulut arwah....Jika arwah Faiz saya hantar sehingga ke talkin, tapi arwah K.Ain hanya mampu saya sedekahkan Al-fatihah dan Yasin. Kepada keluarga arwah Faiz dan K.Ain, takziah. Al-fatihah....Semoga arwah di tempatkan dalam golongan yang beriman...AMIN

May 6, 2010

Apabila keluarga menjadi halangan maka putus lah satu jalinan perhubungan...

Apabila seorang demi seorang kawan baik saya putus cinta gara2 kekangan keluarga, jiwa rasa runtun sekali. Sedang umur menginjak suku abad, sedang diri telah bersedia melangkah setapak ke hadapan semua ini terjadi. Kawan pertama putus apabila keluarga si buah hati (oopps mantan buah hati sebenarnya) sudah mempunyai pilihan buat anak tercinta...Redha dengan keputusan tersebut namun ia tidak menghalang beliau berkawan dengan si mantan. Seorang lagi putus apabila ibu si mantan mempersoalkan kerjaya si ibubapa....sekurang2nya si ibu atau si ayah mestilah paling2 koman cikgu...oh saya tahu la kamu itu bekerja dangan gomen namun tidak perlu memandang rendah sehingga sebegitu rupa kepada keluarga kawan saya...sebelum itu, beliau pernah di kecam, di caci.di hina di fb. Di kata perempuan x tahu malu, perempuan perampas....oh rupanya si mantan sudah memasang yang lain...kecewa, marah namun mungkin atas dasar konon hubungan itu jarak jauh menyebabkan kawan saya pasrah...mungkin tiada jodoh fikirnya. Berdiam diri beliau rupanya di salah anggap lantas si mantan bertindak keterlaluan, menamatkan perkhidmatan telefon bimbit postpaid 3G yang sebelum ini di hadiahkan dan dibayar oleh si mantan....tidak berfikir panjang, sim card itu patah dua, apa gunanya lagi menyimpan sim card yang sudah tiada guna. Puas hati? yea sangat puas! Doa saya moga kawan2 saya lebih tabah...percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya.

May 5, 2010

apabila MINES kami yang punya....\(^_^)/

Dah lama tak lepak2 Mines. Kalau dulu boleh kata tiap2 minggu lepak Mines yelah dah memang Mines tue port budak UPM kan nak kata apa lagi hehehe...so niat asal nak baiki printer telah bertukar tema kepada 'Hari Mines kami yang punya' ahaks...so saja2 lepak la since dah lama x lepak ngan si Mat Pet aka Syah Redza nie...so let's check this out....




sesi perbincangan di kedai pertama...

ekin : bang nie okey?
pet : boleh la...... (nada separuh hati)



kesengalan wawa mula terserlah =))




alien nak jadi nerd kihkihkih




menurut kata pet, ini gaya MAK JAN pergi mahkamah tuntut nafkah anak....hahhhh???




kesengalan seorang mat rempit ('_')




tunjuk sengal hahaha




rambang...



alien sudah bertukar kepada jadi en. arnold-susah-nak-eja




lunch kami hanya sekadar donuts Big Apple



gaya juara longkang pilih bola hahaha...bola ke? compius....



gaya si juara pangkah (baca: strike)




kami!!!!..eh x cukup sorang daaa..



minum petang di rumah.
menu : kepok lekor losong goreng + air sirap....yummy

maka dengan itu tamat la 'Hari Mines kami yang punya'

May 3, 2010

langit terengganu lebih cerah...

Allhamdullilah.....last weekend saya berpeluang pulang ke kampung. Walaupun tidak mencapai matlamat asal, namun saya gembira sekali disebalik masalah kesihatan yang menghantui...Bermula Isnin lepas, selama 3 hari setiap 6 jam saya mengambil 1 atau 2 tablets Panadol Actifast...so bayangkan, selama 3 hari kira2 10biji panadol telah saya habiskan.Disebalik sejarah saya dengan panadol dan amaran penggunaannya, saya tidak boleh menidakkan keberkesanan panadol pada saya ketika itu...Yang pasti balik kampung kali ini saya telah mendapat kepuasan

1. Makan
nasi dagang air tangan mak sendiri
2. Got
air tebu everyday
3.
Menengadah langit Terengganu yang dipenuhi bintang2 bergemerlapan...oh saya suka kannya.






Malangnya....

1. Saya
demam dan selsema teruk sepanjang di rumah
2. Niat untuk
melawat baby kawan baik tertangguh gara2 demam & selsema..kang jangkit kat baby dia susah pulakkan...

oh by the way...saya susah hati melihat ayah yang sedang mengalami middle age crisis....oh telinga bingit mendengar bebelannya...ayah, sejak bila suke membebel nie? hahahha