May 17, 2010

selepas setahun 3 minggu, diploma perhutanan 03-06 kehilangan lagi...Al-fatihah

Assalamualaikum.....
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.....


Baru sahaja rasanya kami mengadakan kenduri tahlil arwah Faiz,namun kami dikejutkan lagi dengan kehilangan arwah K. Ain. Jika dahulu ketika arwah Faiz bertarung di Hospital Serdang, saya sempat menjengah menziarahi arwah. Ramai yang datang menziarah memandangkan ramai yang masih berada di area Serdang ketika itu. Arwah ketika itu memang di ketahui mempunyai antibodi yang lemah, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang kerana meningitis. Sebagai teman yang rapat, kami mengiringi jenazah arwah dari serdang ke Bagan Datoh sehingga ke bacaan talkin. Sayu.....itu saja perkataan terungkap melihat keluarga arwah...Anak lelaki sulung mereka pergi dahulu sebelum mereka dan tidak sempat menghadiri konvokesyen degree....Arwah K.Ain pula pergi sebelum sempat saya menziarah lantaran menemani kawan baik yang juga kehilangan sepupu pulang ke kampung di Kelantan. Mendengar berita arwah dimasukkan ke hospital pada pagi Jumaat 7 May membuatkan saya terpampan. Arwah disahkan menghadapi denggi berdarah sehinggakan separuh daripada hati arwah rosak dan dikhabarkan bahawa arwah sudah tiada harapan tika itu. Saya hanya mampu berdoa agar sempat menziarahi arwah. Namun, Allah lebih menyayangi arwah, tepat jam 2 petang Isnin 10 May arwah pergi buat selama-lamanya. Pilu mengingatkan ketika arwah berada di Hospital Serdang, katil arwah hanya bersebelahan dengan katil bapa arwah yang mengalami masalah jantung dan koma. Lebih pilu apabila saat jenazah arwah dikafankan, darah masih keluar dari hidung dan mulut arwah....Jika arwah Faiz saya hantar sehingga ke talkin, tapi arwah K.Ain hanya mampu saya sedekahkan Al-fatihah dan Yasin. Kepada keluarga arwah Faiz dan K.Ain, takziah. Al-fatihah....Semoga arwah di tempatkan dalam golongan yang beriman...AMIN

No comments:

Post a Comment