Semalam akhirnya berpeluang tengok Nur Kasih The Movie (NKTM) yang tengah hangat di pasaran sekarang nie. Panggung semalam memang penuh sampaikan tiket jam 7 dan 11 malam sold out. Jalan ceritanya menarik jugak la tapi yang kelakarnya cerita tue lebih banyak buat saya dan kawan-kawan tergelak dari mengeluarkan airmata. Oh by the way, kami tak menangis langsung OK, just sebak masa tengok Ilyas dan Mariam kehilangan ummi diorang. Bagi yang dah tengok NKTM nie pasti dah tahu watak-wataknya kan, so tak payah la saya duk terang panjang lebar.
Back to the tittle, ramai yang post kunun selepas menonton NKTM teringin nak kahwin sebab cerita tue kan tentang kasih sayang, pengorbanan, kesetiaan sepasang suami isteri. Tapi bukan sebab tersebut yang tiba-tiba menimbulkan rasa ingin cepat kahwin dalam diri saya.
Sebabnya…….semalam sesudah keluar dari panggung dan di dalam pencarian mencari tandas saya dan kawan-kawan terserempak dengan sepasang suami isteri yang baru 3 minggu melangsungkan perkahwinan. Si suami adalah teman ketika belajar dan si isteri adalah junior kami di kolej kediaman. Seronok melihat mereka melepaskan lelah selepas penat berkerja dan membeli barang-barang rumah. Sambil melihat orang di pusat membeli-belah sambil menikmati aiskrim sedang troli yang penuh barang diam di sisi. Dalam hati “wah, comelnya…saya mahu seperti itu jugak!!!!” manakala apa yang keluar di mulut saya di hadapan kawan-kawan selepas itu “ aku nak kahwin weh” hahaha.
Selama ini, bukan tak pernah ayat itu keluar dari mulut saya terutama di majlis-majlis kahwin kawan-kawan namun kali ini berserta dengan niat di hati. Namun, saya pasti sekarang bukan masanya. Saya perlu menghabiskan Master saya terlebih dahulu sebelum memulakan hidup dan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, InsyaAllah. Maaf ya ‘timba’, awak kena tunggu saya lama lagi…
No comments:
Post a Comment