Yang ku mahu
Kau kembalikan separuh jiwaku
Yang ku mahu…
Kau pergi jauh dari ingatanku
Yang ku mahu…
Kau lenyap dari hatiku
Yang ku mahu..
Kau hilang dari mimpi-mimpiku
Yang ku mahu..
Kau benarkan aku bahagia dengan masa depanku
Yang ku mahu..
Aku mahu lupakan kau…
Kau yang selalu hadir kala lena mula menyapa
Kau yang hadir kala hati mula gembira
Kau yang hadir lalu hatiku gundah gulana
Ku mahu kau pergi
Pergi dari hidupku, fikiranku, kenanganku, hatiku, mimpi-mimpiku..
Benarkan aku bahagia sedang aku mula menerima kau bukan untukku…
Benarkan….
No comments:
Post a Comment