Feb 8, 2011

Hati yang gelora gara-gara EPL

Semalam, dari sarapan sehingga makan tengah hari hinggalah minum petang. Semua sibuk bercerita, mengutuk dan mempertahankan kelab pilihan masing-masing di liga paling popular di muka bumi nie. Apalagi kalau bukan EPL (English Primier League) . Memang lah tersangat kecoh bercerita semalam. Kalau yang tak faham, meh saya rumuskan.
Pertamanya kekalahan pendahulu liga, Manchester United (MU) dengan skor 2-1. Ironinya di sini adalah pasukan yang membenam mereka ada pasukan tercorot liga iaitu Wolves...tapi bak kata penyokong MU " tak pe lah, kasi can kat Arsenal nak rapatkan jurang mata". Namun sebaliknya yang berlaku adalah Arsenal yang menentang Newcastle United gagal dalam misi mengejar MU apabila terpaksa seri 4-4. Apa yang membuatkan para penyokong The Gunners berang adalah, pasukan Arsene Wenger pada suatu masa mendahului 4-0 sebelum Newcastle United bangkit pada separuh masa kedua...Yang paling menjadi tumpuan tentulah pertemuan Chelsea menentang Liverpool. Sudah tentu la para penyokong The Blue mengharapkan kemenangan apatah lagi dengan pembelian sebanyak 50 juta pound Fernando Torres. Namun sebaliknya, penampilan pertama Torres berjersi biru telah di musnahkan dengan kemenangan 1-0 oleh bekas pasukannya The Reds...hidup The Reds! ;p...Tinggal hanya beberapa perlawanan, kita sama-sama lah nantikan siapa yang bakal menjuarai EPL


p/s : Torres macam hilang seri je pakai jersi lain selain jersi warna merah

No comments:

Post a Comment