Menurut ibu saya, beliau mula menenun songket sejak berumur 13 tahun dan mula mempunyai 'jentera'nya sendiri ketika berumur 16 tahun...Pada ketika itu, setiap rumah di kawasan kampung saya mempunyai sekurang-kurangnya seorang yang boleh menenun songket. Songket telah menjadi darah daging ibu saya sejak kecik memandangkan ia adalah legasi keluarga. Walaupun sekadar mengambil upah menenun, ia cukup untuk menampung belanja keluarga ketika itu.Selepas 28 tahun, 'jentera' tersebut masih lagi utuh di ruang dapur rumah saya. Sekarang ibu saya hanya menenun untuk menghabiskan masa lapang sementara menunggu adik-adik pulang dari sekolah.
Namun, legasi tersebut mungkin akan berakhir tidak lama lagi. Ibu seboleh-bolehnya tidak menggalakkan saya dan adik perempuan mempelajari menenun songket. Pada saat cuti persekolahan, saya cuba memujuk ibu mengajar saya menenun tapi ibu lebih suka sekiranya saya menumpukan kepada pelajaran. Katanya, biar lah dia saja yang mengalami kesusahan, dia tak nak anak-anak ikut jejak langkahnya.
Masa berlalu namun diantara saya dan Angah, adik perempuan saya ini lebih beruntung. Ibu sudi mengajar Angah menenun. Apatah lagi dengan keadaan Angah yang hanya belajar di Dungun, senang untuk Angah pulang hanya semata-mata mahu belajar menenun berbanding saya yang hanya boleh pulang setiap 2 bulan. By the time saya balik kampung pasti saya dah lupa =).Sekarang, walaupun tidak lah mahir seperti ibu, Angah mula bertatih dan sebenarnya lebih kreatif dari ibu.
Saya mengerti jika orang mempersoalkan 'kenapa saya tak pandai menenun songket sedangkan ia adalah warisan keluarga', namun permintaan ibu untuk saya maju dalam pelajaran lebih penting pada waktu itu.
masih utuh selepas 28 tahun
Angah
Segan katanya ketika gambar nie di muat naik di Facebook
No comments:
Post a Comment