Sebelum korang semua membaca entri nie, harap maklum bahawa ianya adalah berdasarkan pemantauan saya dan housemates semata-mata.
Apa yang saya nak cerita adalah,kalau korang pergi ke surau atau masjid terutama bulan Ramadhan ni akan ada 2 benda yang korang akan selalu observe.
Pertama, telekung yang macam-macam fesyen. Hah bukan tudung dan selendang je ada fesyen, telekung pun ada tau! Biasanya melibatkan warna, jenis kain dan sulaman. Ada warna hijau, biru, pink, krim. Dah jadi macam satu pertandingan pulak kalau tengok. Itu belum lagi beli kat Vietnam la, beli kat Bandung la. Aduhai…..
Keduanya, sayang sejadah. Biasanya berlaku kat orang-orang tua la. Sayang sangat sejadah tue sampai tak nak berganjak. Yang selalu kena kita orang muda nie la. Kalau duduk dalam saf, kita kena berganjak ke kanan kan untuk rapatkan saf. Tapi nie dah terbalik kot pulak, kita yang kena berganjak ke kiri sebab yang tua-tua nie tak nak berganjak dari sejadah diorang tue. Nak je tegur namun takut pulak dibalasnya ‘eh aku tahu la, aku nie lagi lama hidup dari kau tue’. Malah, dah ada yang menegur namun boleh dia yang menegur tue dijelingnya.Aduhai…
No comments:
Post a Comment