Nov 30, 2010

BooksforCharity

Oh semalam dah tulis entri tentang saya beli novel 5 buah kat BooksforCharity kan...hari nie nak tunjuk gambar yang boleh menjatuh kan rahang korang semua...ngeh ngeh ngeh....

unforgetable logo =)

ready to let...not just 1 rack but plenty of them in her house...memang terkagum la



rambang jap mata tue kan hehe



grab me fast!!



eh novel melayu pun ada tau bukan novel inggeris je..tue tengok tue terbitan JS...masyuk



novel-novel lama yang sukar didapati pun ada....

Dah-dah..tutup mulut masing-masing kang masuk lalat pulak hehehe...

Nov 29, 2010

baru 54 entri tapi follower sudah mencecah seribu

ehem ehem...tajuk dah gempak tapi definitely bukan blog saya...huwaaa....try la usha blog Conteng-Conteng nie...best tau...saya pun kawan yang share kan kat fb....apa yang menarik? S.E.M.U.A...kenapa? sebab :

1st : conteng-conteng dia pun menarik sebab lukisan dia hanyalah di sticky post-it-note tue... terkagum sebentar bila tengok lukisan dia...
2nd : dalam korang baca mesti korang gelak terutama bila baca karya dia siri "Aku Ingat Lagi"....sebijik macam pengalaman korang hahaha..lucu-lucu...


apa lagi ek....eh baca la sendiri hehe...akhir kata, simple tapi sangat menarik...

header yang chumil =)


bukan nak promote blog dia tapi just nak share =)

mabuk beli novel online | stok sebulan

hah tengok tue, 5 buah novel bernilai RM137 tunaiiii....sekarang nie mabuk baca novel tapi takde masa sangat...baru mula ngan Dedication..wah nak habiskan 5 buah tue dalam sebulan, agak-agak boleh tak hehe...nie saya beli kat facebook nie BooksforCharity Nizida. Search je mesti jumpa punya lah..Kak Ida, tuan punya fb nie jual murah-murah je, biasa lebih murah dari mph, dah la tue semuanya baru-baru, bukan 2ndhand tau...cam saya nie, beli 5, free delivery charge.so, apa tunggu lagi,moh ler kite beli ramai-ramai, banyak-banyak =)

Nov 25, 2010

Sheila On 7 ~ Hari Bersamanya

Selain daripada saya memang minat Sheila On 7 nie, lagu nie jugak best dan...dan...video clip yang sungguh la comey hahaha...E.N.J.O.Y ~~

ayat penyata dan suatu pertanyaan

Ayat 1 : Kau suka aku eh...

Ayat 2 : Kau suka aku kan...


Kedua-dua ayat tersebut walaupun dinyatakan dalam berbeza kerana ayat 1 adalah ayat penyata dan satu lagi adalah satu soalan namun maksudnya tetap sama. Keinginan untuk SUATU KEPASTIAN! Tapi kan rasa macam walaupun dia tanya saya namun seperti dia sendiri menyatakan isi hatinya tanpa dia sedari...hehehe KANTOI SUDAH....

Nov 22, 2010

bagilah peluang kat fresh graduate macam kami nie

Last week sebelum balik raya haji, saya ada exam sekali dengan akak-akak dan abang-abang yang dah kerja..diorang nie sambung master sebab nak naikkan gred gaji majoritinya, dan majoritinya adalah penjawat-penjawat awam di kementerian masing-masing. Masa tengah lepak-lepak sebelum masuk bilik exam terdengar lah saya rungutan mereka. Masing-masing tak berpuas hati dengan KP yelah kalau dah 5,6 tahun kerja dari dulu sampai sekarang gred gaji masih lagi 41 sedang junior-junior dah naik 48 *dlm hati : mesti junior kaki ampu bos*...bila sambung master pulak, KP cakap 'buat apa sambung tinggi-tinggi, tengok saya setakat degree dah jadi KP'...amboi-amboi, itu zaman tok kaduk dlu boleh la sekarang zaman semua benda di hujung jari.....lepas tue pulak KP diorang nie jenis yang tak nak lepas pegawai-pegawai diorang ke jawatan lain, maksudnya pindah ke tempat lain la...sebab apa? sebab bagi pegawai atasan nie, dah penat-penat diorang train lepas tue nak lari pulak, eh bukan ke mereka patut bangga, orang yang mereka didik dapat kepercayaan orang lain....pelik-pelik...berfikir panjang saya selepas itu, yelah kalau akak tue masih di tingkat 41 setelah 5,6 tahun bila pulak la kami yang fresh nie nak merasa...kan..kan..bagi la peluang pada kami menunjukkan bakat dan kemampuan kami...tapi kan ada jugak sesetengah interviewer tue bila kita pergi interview gred 27 tapi kita ada sijil degree tanya 'eh kenapa mintak 27, awakkan boleh mintak 41'...pulak dah...dah tue apa guna sijil tue kan....kalau kita cakap tak kerja lagi cakap kita nie memilih, kalau dah pergi interview diorang boleh cakap macam tue kita nak kata apa lagi kan...nak jawab lebih-lebih nanti tak pasal-pasal kena PANGKAH paling-paling sengih jelah hehehe

Nov 12, 2010

ala yang pakai tudung pun tak semestinya baik | apabila laman sosial menjadi medium

Salam....

dah lama kan blog nie kosong....tak sempat sangat campur dengan stres lagi huhuhu....
tajuk entri nie memang MANTOP!
bukan apa, gara2 sebuah drama yang ditayangkan...laman sosial menjadi tempat meluahkan emosi masing-masing...memang la tak salah tapi tidak ke tidak manis begitu....
oh bunyi hipokrit je kan...
ayat klise seperti "bertudung tak semestinya baik" di ungkap dengan penuh emosi oleh si penulis...tapi sekurang-kurangnya mereka yang bertudung menutup apa yang wajib...yelah memang la kalau boleh dah tutup aurat tue, biar la perlakuannya selari je kan...tapi tak perlu lah menyumpah mereka yang bertudung dengan ayat " kalau bertudung tapi mulut mcm ba alif ba ya, macam haram!!" bukan ke itu seperti anda pun sama sahaja seperti yang si pemakai tudung....

saya sangat terkesan dengan status beliau....jika hanya kerana mengutuk heroin drama tv itu yang heroinnya membuat kita sebal menengok tapi cukup beliau minati dan puja, sanggup beliau menghentam seluruh pemakai tudung!! tidak adil rasanya....
emosional T_T