Nov 22, 2010

bagilah peluang kat fresh graduate macam kami nie

Last week sebelum balik raya haji, saya ada exam sekali dengan akak-akak dan abang-abang yang dah kerja..diorang nie sambung master sebab nak naikkan gred gaji majoritinya, dan majoritinya adalah penjawat-penjawat awam di kementerian masing-masing. Masa tengah lepak-lepak sebelum masuk bilik exam terdengar lah saya rungutan mereka. Masing-masing tak berpuas hati dengan KP yelah kalau dah 5,6 tahun kerja dari dulu sampai sekarang gred gaji masih lagi 41 sedang junior-junior dah naik 48 *dlm hati : mesti junior kaki ampu bos*...bila sambung master pulak, KP cakap 'buat apa sambung tinggi-tinggi, tengok saya setakat degree dah jadi KP'...amboi-amboi, itu zaman tok kaduk dlu boleh la sekarang zaman semua benda di hujung jari.....lepas tue pulak KP diorang nie jenis yang tak nak lepas pegawai-pegawai diorang ke jawatan lain, maksudnya pindah ke tempat lain la...sebab apa? sebab bagi pegawai atasan nie, dah penat-penat diorang train lepas tue nak lari pulak, eh bukan ke mereka patut bangga, orang yang mereka didik dapat kepercayaan orang lain....pelik-pelik...berfikir panjang saya selepas itu, yelah kalau akak tue masih di tingkat 41 setelah 5,6 tahun bila pulak la kami yang fresh nie nak merasa...kan..kan..bagi la peluang pada kami menunjukkan bakat dan kemampuan kami...tapi kan ada jugak sesetengah interviewer tue bila kita pergi interview gred 27 tapi kita ada sijil degree tanya 'eh kenapa mintak 27, awakkan boleh mintak 41'...pulak dah...dah tue apa guna sijil tue kan....kalau kita cakap tak kerja lagi cakap kita nie memilih, kalau dah pergi interview diorang boleh cakap macam tue kita nak kata apa lagi kan...nak jawab lebih-lebih nanti tak pasal-pasal kena PANGKAH paling-paling sengih jelah hehehe

No comments:

Post a Comment