Mar 28, 2011

dilema hidupku

Lahirku sebagai anak pompuan tunggal agak menyesakkan dada n jiwa raga...di kala adik kedua telah berumah tangga...aku 25++ masih x berpunya..haha...sibuk sedara mara dok bercerita...apa nak dikata??pasang telinga saja la...nak jadi citer sumer nak carikan aku partner...time 2 ape lg..ckp diriku sudah berpunya...dengan siapa jangan ditanya....Allah jua mengetahui segala...

The Optimist Creed

I promise myself:


To be so strong that nothing can disturb my peace of mind.

To talk health, happiness, & prosperity to every person I meet.

To make all my friends feel that there is something worthwhile in them.

To look at the sunny side of everything & make my optimism come true.

To think only of the best, to work only for the best, & to expect only the best.

To be just as enthusiastic about the success of others as I am about my own.

To forget the mistakes of the past and press on to the greater achievements of the future.

To wear a cheerful expression at all times & give a smile to every living creature I meet.

To give so much time to improving myself that I have no time to criticize others.

To be too large for worry, too noble for anger, too strong for fear, & too happy to permit the presence of trouble.

To think well of myself & to proclaim this fact to the world, not in loud word, but in great deeds.

To live in the faith that the whole world is on my side, so long as I am true to the best that is in me.


    Christian D. Larson

    Mar 25, 2011

    Trauma

    Assalamualaikum…selamat pagi Jumaat….

    Saya nak cerita tentang trauma saya ketika ini, bukan la trauma selepas kemalangan tue tapi trauma selepas menziarahi orang meninggal….

    Sebelum nie tak perasan sangat pun tapi nak dijadikan cerita jiran rumah sewa lama saya sakit last 3 weeks, jadi hari Jumaat malam (18/3/11) saya dan housemate berkesempatan menziarahi mak cik nie. Kami agak rapat la memandangkan anak tunggal beliau belajar tuisyen di rumah saya. Namun, malam Isnin (21/3/11) housemate saya balik dari makan dengan berita ada khemah dan ramai orang di hadapan rumah beliau.

    Tak lama kemudian, saya terima sms dari housemate lama memberitahu arwah telah kembali ke Rahmatullah pada petang tersebut. Innalillahiwainnahilaihirojiun…..Terasa baru lagi saya menziarahi arwah. Saya dan housemate sepakat untuk menziarahi jenazah arwah pada keesokan pagi memandangkan malam sudah melangkaui pagi pada waktu itu.

    Seawal jam 8 pagi kami sudah berada di rumah arwah. Selepas menyedahkan arwah dengan bacaan Yasin, kami menunggu sehingga jenazah arwah di bawa ke masjid untuk dimandikan dan dikafan kan.

    Apa yang traumanya, saya sehingga kini masih terbayang-bayangkan muka arwah, trauma untuk ke tandas walaupun jam baru menunjukkan jam 11 malam. Penakut? katalah apa saja…memang saya trauma sekarang!

    Mar 21, 2011

    new co-bloggers

    hye readers….don’t be surprise if u’ve turned into my blog and found out the writing is a bit different…right now, i’ve invited 2 a good friends of mine to be a co-bloggers to write in this blog, nevertheless i’m still the admin and all the activities happen are still in my observation…

    i’ll introduce the new co-bloggers in another entry and hope the readers can enjoy their writing. last but not least thank you to all readers and do not hesitate to leave a comment(s) and drop ur URL at our shoutmix chat widget….

    Sebarang keraguan boleh diajukan di formspring atau di fb admin. Sebarang kesulitan amat di kesali, sesungguhnya yang buruk itu datang dari kami dan yang baik itu datang dari Yang Maha Pencipta…

    Mar 19, 2011

    Derma darah buat pertama kalinya

    Alhamdulillah, dah lama nak derma darah nie, tapi mesti tak berkesempatan biasanya sebab kitaran biologi haha… So, nie yang pertama kalinya dan pasti akan ada yang kedua, ketiga dan seterusnya, InsyaAllah…. Derma darah nie relax je, just kena pam supaya bagi pressure kat darah jelah, siap boleh main massage lagi tue haha...

    I'm a bit excited nak derma darah nie tapi agak cuak la, yelah first time kan, yang paling kelakar my roomate merangkap cik peneman, Ekin. She keep asking me if i’m okey after the blood donation. Hahaha… Siap ajak naik bas masa nak balik memandangkan kitorang kena jalan kaki dalam 20 minit jugak la nak sampai rumah. After all, everything is okey except rasa kebas sikit-sikit, oh, saya baru tahu saya dari golongan mereka yang berdarah B ;p…Anyway, thanks ekin, temankan i yang excited nie haha.

    derma darahcats My certificate and my blood group

    Mar 16, 2011

    1st Gathering of MRSM KT 01/02

    Oh reunion nie dah seminggu berlalu tapi baru sekarang ada masa nak review (kunun-kunun busy ;p). Selepas 9 tahun, ini adalah julung-julung kalinya batch 01/02 berkumpul beramai-ramai, yeah!. Walaupun yang datang hanya 25 orang termasuk pasangan masing-masing daripada 3++ namun ianya masih lagi meriah. Yelah bila masing-masing dah berkeluarga, berkerjaya, agak susah untuk mengumpulkan semua orang kan. Terima kasih kepada Puan Liyanasafra yang bertindak sebagai penganjur. Ada yang datang dari Kuching, Terengganu, Pahang semata-mata nak join reunion. Memandangkan nie first time kitorang masuk Cyberjaya, pusing-pusing gak la till kitorang terpaksa pull off kat tepi dan telefon Yana. Tapi yang kelakarnya, kitorang la yang sampai paling awal hahaha.

    Apa yang best kat reunion nie? Kitorg borak-borak sakan sampai boleh ingat lagi menu kat DS (Dewan Selera). Hari Selasa lunch nasi tomato, lunch hari Khamis nasi ayam, breakfast for Friday was nasi lemak dan dinner was nasi goreng with tom yam and keropok goreng. The funny this was, on Friday's morning, most of us will jog first before take a breakfast and it was nasi lemak!!!! Oh gosh... but most of us still remember nasi ibu. It was just a normal rice but the chicken was superb!!! And to buy it, u need to meredah jalan bersemak and as a rebel teenager at those time, i eat nasi ibu every week even it's mean i've to broke the rules hahaha...and another thing we remember was, ada sorang mak cik akan datang jual nasi lemak on Saturday. Memang nasi lemak tue cepat habis la kalau terlambat sikit. Nasi lemak tue sehinggit je, kalau tambah telur baru sehinggit tujuh puluh sen. Sedap? yummy...lepas makan nasi lemak, kena pergi kelas prep dan tersengguk-sengguk kekenyangan dan mengantuk hahahaha....

    Sudah makan, lepak-lepak, ambik gambar, tanya khabar. Me and my friends cabut awal memandangkan diorang perlu bergerak balik ke Terengganu dan yang stay terus lepak kat Old Town. Tak aci betul la!!!! hahaha. I'm really hopping this event going to get bigger and bigger next time and i'm really looking forward to it...



    Me and Damia, the cute and the cutest ;p but......wait!



    hah, hambek ko! kena cakar......

    orang kuat BWP batch 01/02...meet, Puan Syazwani and Teacher Wan Shahirah



    Puan Liyanasafra...=)

    Mar 3, 2011

    Bersengalan di PD

    Ini adalah salah satu aktiviti yang kami buat dengan penuh kesengalan. Kenapa? Bertolak pada jam 6 petang, hari Ahad hanya semata-mata mahu mengasah kreativiti dan bakat si pemetik butang Canon EOS 50D. Bertolak jam 6 petang, pulang jam 11 malam...Isnin, kerja!!!


    Kata si photographer, dah bosan sangat ke Putrajaya, asyik-asyik Putrajaya. Sekali-sekala berubah angin la pulak. Ke hutan sudah, sungai sudah, matahari terbit pun sudah, sesekali memandu jauh semata-mata mengejar matahari terbenam apa salahnya.




    Mar 2, 2011

    pada kaca mata mereka

    Sombong


    Memilih


    Jual mahal


    Terbaru : High maintainance

    Mar 1, 2011

    1 soalan, 2 jawapan berbeza

    Kalau bertanyakan tentang hati, cinta dan perasan kepada kawan-kawan, pasti jawapannya berbeza berdasarkan kepada siapa soalan tersebut diajukan.


    Kebanyakkan jawapan yang diterima dari kawan-kawan lelaki, "try dlu, cinta memang tak boleh dipaksa tapi kita boleh pupuk, apa-apa pun try je".....


    Kalau dari kawan-kawan perempuan pulak, jawapan diorang mesti lebih kurang je walaupun ayatnya berbeza. Lebih kurang begini lah ayatnya " memanglah cinta boleh dipupuk tapi jangan dipaksa hati tue kalau dah cuba tapi cinta yang dicari tetap tidak menjelma. Jangan dipermainkan hati yang menunggu, jangan sandarkan harapan sedang haluannya entah kemana"....


    But right now, I'm still in 'give me some time and space' mode, but until when?