Feb 4, 2010

Burhanuddin Al-Helmy (Part 2)

Ini adalah Burhanuddin Al-Helmy versi saya...

Kalau sebelum ini saya menggilai Edward Cullen (Twilight), kerana bagi saya Edward adalah SUPER COOL namun dia merubah segalanya.....Nyata perjalanan saya sangat berbaloi pada hari itu walaupun terpaksa bersesak seperti sardin di dalam komuter, Alhamdulillah apa yang saya dapat lebih dari itu...Burhanuddin Al-Helmy @ Ustaz Din adalah watak yang saya temui dalam karya terbaru Noor Suraya di dalam novel beliau Jaja & Din...

Keterujaan saya pada Din ini adalah kerana tulusnya beliau menerima Cik Faiza @ Jaja, anak kepada pasangan doktor pakar di Aloq Staq sebagai suri hidupnya. Walaupun tiada perkenalan, hanya lambaian dan air mata seorang gadis berbaju merah cabai dan seluar steng pada pagi itu di Hentian Duta meresahkan hati kecilnya, namun lamaran dari keluarga Jaja membuatkan dia terkejut. Rupa2 nya lambaian air mata it untuk DIA!!!Jaja yang bekerja sebagai media planner pula hanya menyedari hatinya telah bertanda hanya dengan sekeping gambar. Gambar seorang Ustaz berteleku di pusara, telah dipilih oleh Jaja untuk kawan sedari kecil lagi Mie untuk iklan raya......

Bermula lah pencarian Jaja....



Cover-JD_web

Cinta pandang pertamakah ini...

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya

=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu

=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia

=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar

Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan


cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Implikasinya:

Abah dan uminya rasa

[¿∫∞Ωπ䮉¾]

Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!

Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti?

rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...

No comments:

Post a Comment