melangkah laju2 sedang takde la kejar pe2 pun..org sekeliling pun tertanya2 "oit, ko nk g mana nie, yg sebelah ko tue mana nk tinggal?" ...jalan je tanpa tujuan yang konkrit...jalan je supaya cepat sampai sedangkan arahnya belum tentu betul...mula2 beriringan dengan si dia, seiring sejalan, hand by hand....namun makin laju, makin laju hingga terpaksa tinggalkan dia sedikit demi sedikit, bukan dia yang perlahan namun kaki yang tidak mahu memperlahankan langkah, tempo ...pastu dh tak nampak di mana dia namun tak pernah perlahankan tempo kaki klu jln kaki la, tak break or tukar gear klu naik kenderaan sendiri la ...sedar2 terjumpa orang lain...orang lain yang memikat, menarik yang membuatkan langkah kaki terhenti namun hati tertanya2...siapa dia? knp si dia ditinggalkan di belakang namun sanggup berhenti untuk dia yang baru di kenali....sedang menganyam cerita untuk dia yang baru di kenali, tiba2........si dia berlalu dengan seseorang yang lain tanpa menoleh barang seinci ...gumbira, ketawa, ceria, pelangi, matahari, rama2....akukah yang tertinggal? namun langkah di seret melangkah perlahan-lahan, berjalan sebelah menyebelah dengan dia yang baru dikenali....namun samakah haluan, tujuan, pegangan, pendirian kita...berjalan bersama seiringan namun bukan hati yang seiring, hati tertanya2....dimana si dia? bahagiakah begini wahai si dia? gembirakah kamu wahai si dia? kenapa pergi tanpa menoleh kembali? perlukah kamu meninggalkan aku dengan sia dia yang baru ku kenalai untuk pergi bersama dia yang baru kamu kenali? akukah yang tertinggal...pedih, sakit, perit, terluka...aku lah yang kamu tinggalkan...aku kah yang tertinggal...akukah???
No comments:
Post a Comment