May 6, 2010

Apabila keluarga menjadi halangan maka putus lah satu jalinan perhubungan...

Apabila seorang demi seorang kawan baik saya putus cinta gara2 kekangan keluarga, jiwa rasa runtun sekali. Sedang umur menginjak suku abad, sedang diri telah bersedia melangkah setapak ke hadapan semua ini terjadi. Kawan pertama putus apabila keluarga si buah hati (oopps mantan buah hati sebenarnya) sudah mempunyai pilihan buat anak tercinta...Redha dengan keputusan tersebut namun ia tidak menghalang beliau berkawan dengan si mantan. Seorang lagi putus apabila ibu si mantan mempersoalkan kerjaya si ibubapa....sekurang2nya si ibu atau si ayah mestilah paling2 koman cikgu...oh saya tahu la kamu itu bekerja dangan gomen namun tidak perlu memandang rendah sehingga sebegitu rupa kepada keluarga kawan saya...sebelum itu, beliau pernah di kecam, di caci.di hina di fb. Di kata perempuan x tahu malu, perempuan perampas....oh rupanya si mantan sudah memasang yang lain...kecewa, marah namun mungkin atas dasar konon hubungan itu jarak jauh menyebabkan kawan saya pasrah...mungkin tiada jodoh fikirnya. Berdiam diri beliau rupanya di salah anggap lantas si mantan bertindak keterlaluan, menamatkan perkhidmatan telefon bimbit postpaid 3G yang sebelum ini di hadiahkan dan dibayar oleh si mantan....tidak berfikir panjang, sim card itu patah dua, apa gunanya lagi menyimpan sim card yang sudah tiada guna. Puas hati? yea sangat puas! Doa saya moga kawan2 saya lebih tabah...percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya.

3 comments:

  1. erm..erm..erm..semoga dipertemukan jodohnya dengan insan yang lebih memahami..

    ReplyDelete
  2. yer...moga2 mereka bertemu jodoh yang lebih baik...Amin...

    ReplyDelete