Feb 22, 2011

Broga Hill, Semenyih

Nothing much to tell actually, it were a pictures we're climbing Broga Hill at 2011 New Year Eve. It's just one of another regular activities we are doing. Just want to share the picture.

before : bbq-ing
in between : Datin Harlina's swing
after : peak of Broga Hill & at dawn



Feb 17, 2011

Legasi tenunan songket

Menurut ibu saya, beliau mula menenun songket sejak berumur 13 tahun dan mula mempunyai 'jentera'nya sendiri ketika berumur 16 tahun...Pada ketika itu, setiap rumah di kawasan kampung saya mempunyai sekurang-kurangnya seorang yang boleh menenun songket. Songket telah menjadi darah daging ibu saya sejak kecik memandangkan ia adalah legasi keluarga. Walaupun sekadar mengambil upah menenun, ia cukup untuk menampung belanja keluarga ketika itu.Selepas 28 tahun, 'jentera' tersebut masih lagi utuh di ruang dapur rumah saya. Sekarang ibu saya hanya menenun untuk menghabiskan masa lapang sementara menunggu adik-adik pulang dari sekolah.

Namun, legasi tersebut mungkin akan berakhir tidak lama lagi. Ibu seboleh-bolehnya tidak menggalakkan saya dan adik perempuan mempelajari menenun songket. Pada saat cuti persekolahan, saya cuba memujuk ibu mengajar saya menenun tapi ibu lebih suka sekiranya saya menumpukan kepada pelajaran. Katanya, biar lah dia saja yang mengalami kesusahan, dia tak nak anak-anak ikut jejak langkahnya.

Masa berlalu namun diantara saya dan Angah, adik perempuan saya ini lebih beruntung. Ibu sudi mengajar Angah menenun. Apatah lagi dengan keadaan Angah yang hanya belajar di Dungun, senang untuk Angah pulang hanya semata-mata mahu belajar menenun berbanding saya yang hanya boleh pulang setiap 2 bulan. By the time saya balik kampung pasti saya dah lupa =).Sekarang, walaupun tidak lah mahir seperti ibu, Angah mula bertatih dan sebenarnya lebih kreatif dari ibu.

Saya mengerti jika orang mempersoalkan 'kenapa saya tak pandai menenun songket sedangkan ia adalah warisan keluarga', namun permintaan ibu untuk saya maju dalam pelajaran lebih penting pada waktu itu.


masih utuh selepas 28 tahun


Angah
Segan katanya ketika gambar nie di muat naik di Facebook

Feb 8, 2011

Hati yang gelora gara-gara EPL

Semalam, dari sarapan sehingga makan tengah hari hinggalah minum petang. Semua sibuk bercerita, mengutuk dan mempertahankan kelab pilihan masing-masing di liga paling popular di muka bumi nie. Apalagi kalau bukan EPL (English Primier League) . Memang lah tersangat kecoh bercerita semalam. Kalau yang tak faham, meh saya rumuskan.
Pertamanya kekalahan pendahulu liga, Manchester United (MU) dengan skor 2-1. Ironinya di sini adalah pasukan yang membenam mereka ada pasukan tercorot liga iaitu Wolves...tapi bak kata penyokong MU " tak pe lah, kasi can kat Arsenal nak rapatkan jurang mata". Namun sebaliknya yang berlaku adalah Arsenal yang menentang Newcastle United gagal dalam misi mengejar MU apabila terpaksa seri 4-4. Apa yang membuatkan para penyokong The Gunners berang adalah, pasukan Arsene Wenger pada suatu masa mendahului 4-0 sebelum Newcastle United bangkit pada separuh masa kedua...Yang paling menjadi tumpuan tentulah pertemuan Chelsea menentang Liverpool. Sudah tentu la para penyokong The Blue mengharapkan kemenangan apatah lagi dengan pembelian sebanyak 50 juta pound Fernando Torres. Namun sebaliknya, penampilan pertama Torres berjersi biru telah di musnahkan dengan kemenangan 1-0 oleh bekas pasukannya The Reds...hidup The Reds! ;p...Tinggal hanya beberapa perlawanan, kita sama-sama lah nantikan siapa yang bakal menjuarai EPL


p/s : Torres macam hilang seri je pakai jersi lain selain jersi warna merah

Perbualan dua beradik di atas sebuah motosikal

Adik : Nie la, ghumoh kawang adik hok name Firdauh tue...
Kakak : Firdauh mane pulok?
Adik : Hok maghi ghumoh maghing orh...
Kakak : Oh, hok tue ke
Adik : Yer ade ghama ngak adik...
Kakak : Doh ghama wape oghang?
Adik : Dok tahu gok, tapi adik tak dok soghang pung adik
Kakak : Hah sudoh...doh adik nok adik ke?
Adik : Nok ah...boleh wak main, adik nok adik macang Siti Hawa orh
Kakak : Doh kak long tak mboh doh adik
Adik : Kak long tak mboh dakpe arh, adik nok adik
Kakak : Mane boleh gitu, adik adik, adik kak long gok
Adik : Doh kak long tak mboh adik, biar arh yer jadi adik adik je...
Kakak : *tepuk dahi*


~ siti hawa : baby jiran umur 8 bulan

Feb 7, 2011

Decided, finally!

Reunion

Date : 12 March 2011
Venue : Somewhere around Cyberjaya

Kenduri

Date : 18 March 2011
Venue : Hometown, Kuala Berang

A big yay with a big smile....InsyaAllah I'll be there for both events

A thing called comitment


I just read it from Cik Hidayah Ariffin's blog and I think I would like to share it with you

Wahai lelaki-lelaki gedik

terkedu. tiada kata-kata yang dapat saya coretkan. hanya satu. GEDIK.

wahai lelaki-lelaki GEDIK dan BUDIMAN,

Janganlah bagi pengharapan yang BESAR kepada gadis-gadis yang sedang mencari CINTA. Kalau mahu berkawan, biarlah berkawan dengan cara yang tidak berlebih-lebih. Berlebih-lebih ini maksudnya janganlah MAIN-MAINkan perasaan gadis-gadis. Adoooiiii.. memang sangat GEDIK la kalau lelaki-lelaki budiman di luar sana yang buat perangai macam ni.
Anda bagi pengharapan kepada gadis-gadis sehingga gadis-gadis merasakan anda suka sama gadis-gadis. Tapi, di pihak anda [lelaki-lelaki budiman] anda tidak mempunyai apa-apa perasaan pun pada gadis-gadis tersebut.
Dalam situasi begini, tiada pihak yg perlu disalahkan. ATAU mungkin gadis-gadis salah dalam membuat interpretasi dengan apa yang telah dilakukakn oleh lelaki-lelaki budiman. dan mungkin juga lelaki-lelaki budiman salah dalam menganggap apa yang dikongsi+diceritakan pada gadis-gadis, gadis-gadis tidak akan suka atau minat dengan lelaki-lelaki budiman.

Solusi:
Kepada gadis-gadis, janganlah terlalu mengharap jika anda bertemu dengan seseorang lelaki yang budiman. mungkin pada firasat+gerak hati anda berkata,"oh, dialah lelaki budiman saya". tapi, berfikir lah dahulu. dapatkan kepastian daripada lelaki-lelaki budiman. jika lelaki-lelaki budiman tersebut punya minat+perasaan sama dengan gadis-gadis, teruskanlah perhubungan tersebut ke arah satu hubungan yang sah dan diredai. dan jika lelaki-lelaki budiman tersebut tidak memberi apa-apa respons samada meminati gadis-gadis, lupakan sajalah angan-angan gadis-gadis untuk bersama lelaki-lelaki budiman tersebut.

I don't know about you but for me, I couldn't agree more *sigh*

Sehari selepas kenduri

Assalamualaikum...

Saya mulakan entri ini dengan satu pertanyaan " Best tak pergi kenduri kahwin?"... Mesti lah best...seronok kan bila pergi kenduri siap konvoi ramai-ramai sampai 3,4 buah kereta lagi...dah tue bila sampai sana jumpa lagi kawan-kawan lama, yang dah ada anak siap bawa anak...boleh lepak-lepak, gelak-gelak, ambil gambar banyak-banyak...memang seronok la kan....
TAPI....
Oh ada tapinya, perasaan seronok tue pasti hilang apabila korang terjaga jam 3 pagi gara-gara perut korang meragam dah tue siap berebut lagi dengan housemate dan bertukar menjadi bahan gelak ketawa apabila pagi esoknya dapat banyak panggilan bertanya "kau sakit perut tak pagi tadi? berebut tandas tak dengan housemate ko?" hahaha...